Sebenarnya perbuatan menggali kubur untuk memastikan status kesyahidan seseorang tidak pernah dibuat orang, apatah lagi mana-mana kerajaan pun. Yahudi pun tak buat macam tu. Kalau Yahudi nak buat kan tak susah, tapi depa tak buat.
Sheikh Yusuf Al-Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa pejuang Palestin yang menyerang Yahudi, termasuk orang "awam", sehingga beliau mati adalah berstatus syahid di sisi Allah. Fatwa ini telah membuat kerajaan Yahudi amat berang sekali kerana sedar akan impaknya jikalau fatwa tersebut diterima oleh rakyat Palestin. Dan jelas ia telah diterima ramai dan kerajaan Yahudi kini sedang menerima akibat daripadanya.
Bukanlah susah sangat untuk Yahudi membuktikan sebaliknya kalau mereka mahu. Hanya korek saja kubur pejuang tersebut dan lihatlah mayat di dalamnya. Kalau mayat tersebut tinggal tulang, sebarkan berita tersebut dan akhirnya rakyat Palestin sendiri akan berhenti melakukan operasi syahid.
Tetapi setakat ini tidak ada sebuah kubur pun yang telah dikorek Yahudi untuk tujuan ini. Mengapa tidak? Kerana mereka tidak sebodoh UMNO yang sawan itu. Yang membuatkan fatwa tersebut diyakini dan mempunyai kredibiliti di kalangan umat ialah bukannya fatwa itu sendiri, tetapi tuan yang mengeluarkan fatwa itu.
Cuba bayangkan jikalau tuan kepada fatwa syahid pejuang berani mati itu ialah Hamid Al-Osmani. Ya...tak perlu dibayangkan lagi taraf kelakarnya fatwa tersebut. Bukan sahaja ia akan ditolak tetapi juga akan digelakkan orang.
Jadi walaupun Yahudi mengorek kubur tersebut dan sekalipun mayat di dalamnya telah reput, ia masih tidak membuktikan bahawa ia tidak syahid. Mengapa? Kerana umat Islam akan terus mempersoalkan bahawa kemungkinan simati tidak mempunyai niat yang betul di dalam tindakannya ketika itu. Kemungkinan keikhlasan, kebenaran niat, persoalan aqidah simati dan sebagainya tidak menepati kehendak syarak lagi.
Kerana telah diriwayatkan di dalam sebuah Hadith bahawa Nabi saw menyebut bahawa salah seorang yang mati di dalam Perang Badar sedang disiksa, hanya kerana beliau berniat berperang kerana assabiyyah Quraish dan bukan kerana untuk menegakkan Kalimah Allah.
Oleh itu, tindakan menggali kubur dan melihat mayat tidak reput bukanlah satu-satunya proses yang mutlak yang dapat membuktikan simati adalah seorang syahid. Masih ada kriteria lain lagi. Tetapi jikalau memang jelas mayat simati tidak reput, kuku dan rambutnya hidup dan panjang dan darahnya mengalir basah...ALAMAK! Maka ini juga satu risiko yang bukan kepalang bagi sebuah regim seperti UMNO. Maka boleh dijangka selepas itu, rakyat akan turun ke jalanraya bukan lagi membawa banner tetapi masing-masing sudah siap dengan AK-47 dan M-16! Yang paling parah ialah pasukan tentera sekali akan turun untuk mencapai syahid!
So, eloklah pihak pemerintah berfikir panjang kerana bukan satu kubur yang mahu dikorek tetapi 14. Walaupun semua mayat sudah reput sekalipun, rakyat masih meyakini kemungkinan ada faktor lain yang menjadikannya sedemikian. TETAPI jikalau ada satu mayat sahaja yang tidak reput...sudah cukup membuatkan negara ini tonggang terbalik.
Yang jelas PAS tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi, nak korek boleh, tak korek pun boleh. Ini kerana kredibilitinya semakin meningkat. Buktinya, jikalau tidak meningkat, mengapa pemerintah begitu risau mengenai fatwa tersebut sebagaimana risaunya Yahudi tentang fatwa Qardhawi?
HC
______________________
Terbitan : 29 Mac 2002
Ke atas
Home