UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




JUMAAT BERDARAH: Pembunuhan Beramai2 Umat Islam India Dan Palestin

Hari pertama bulan Mac tahun ini menyaksikan kemuncaknya permusuhan antarabangsa terhadap Islam apabila berpuluh-puluh umat Islam dibunuh dan dibakar hidup-hidup di India dan Palestin.

Di PALESTIN, pihak berkuasa negara itu memutuskan hubungan dan sebarang perbincangan dengan Israel setelah tentera rejim berkenaan melakukan pembunuhan paling kejam ke atas 23 umat Islam dan mencederakan 230 yang lain. Kejadian ini mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di Syabra dan Syatila lebih 20 tahun yang lalu.

Ketika itu umat Islam dibunuh dengan kejam oleh pasukan tentera Israel yang diketuai oleh Ariel Sharon. Kejadian pada hari Jumaat lalu (1/3/2002) berlaku di dua kawasan perkhemahan muhajirin Palestin, iaitu di kawasan bersejarah, Hunain dan Nablus. Serangan berterusan sejak hari Khamis (28/2/2002) hinggalah keesokan harinya dan memusnahkan 49 buah rumah umat Islam.

Juru cakap pasukan keselamatan Palestin dalam kenyataan akhbarnya berkata, "Bagi hari yang kedua berturut-turut, beberapa kawasan perkhemahan pelarian Palestin di Balatah, Hunain, Ayidah, Al Izzah, Al Fawar dan bandar Nablus terdedah kepada ancama keganasan yang tidak berperi kemanusiaan tentera Israel di mana mereka menyerang dengan menggunakan kereta-kereta kebal, jentolak, helikopter, dan batalion tentera dan jurutera yang telah menyebabkan gugurnya syahid 23 rakyat Palestin dan mencederakan 230 yang lain.

"Serangan ini juga telah menghancurkan 32 rumah umat Islam di Balatah dan 17 di Hunain sekaligus menyebabkan penduduk terpaksa mencari perlindungan di kawasan lapang yang terdedah kepada hujan dan cuaca sejuk." Jurucakap berkenaan juga menegaskan, rakyat Palestin mempunyai hak untuk bertindak balas dan membebaskan bumi mereka yang dijajah.

Katanya, "Sesungguhnya bangsa kami pada hari ini akan berdiri teguh di dalam satu barisan bagaikan seorang pahlawan untuk menghadapi keganasan Yahudi yang semakin melampau dan bersifat kebinatangan ini." Dalam pada itu Yasir Arafat yang terkepung sejak 3 Disember lalu, menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera menghalang keganasan Israel ke atas rakyat Palestin sebelum berlakunya pertembungan besar yang lebih digeruni.

Di INDIA, 30 umat Islam dibakar hidup-hidup oleh pelampau Hindu di Gujerat Jumaat lalu, menjadikan jumlah kesemua yang dibunuh sejak tiga hari sebelumnya 275 orang. Keganasan berpunca daripada tindakan pelampau Hindu yang ingin mendirikan kuil Dewa Ram di tapak Masjid Babri yang dirobohkan 10 tahun lalu. Mereka mendakwa masjid yang berusia hampir 400 tahun itu dibina di atas tanah kelahiran dewa berkenaan dan seruan untuk membina kuil bagi mengingati dewa itu perlu dilakukan.

Juteru, masjid berkenaan dirobohkan beramai-ramai oleh penganut Hindu pada November 1992. Perobohan masjid ini telah mengorbankan 2000 nyawa. Sejak beberapa hari lalu, dianggarkan lebih satu juta penganut Hindu berkumpul di Ayudhia, Uttar Pradesh untuk membina kuil berkenaan di tapak masjid yang dirobohkan.

Tindakan penganut Hindu yang berpusu-pusu datang ke wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam itu menimbulkan kemarahan umat Islam. Mereka cuba menghalang kemaraan penganut Hindu.

Namun begitu penganut Hindu bertindak lebih ganas dengan membakar mereka hidup-hidup pada 'Jumaat Berdarah.'

Sementara itu di PAKISTAN, anggota polis menguatkan kawalan ke atas kuil-kuil yang terdapat di negara itu pada hari Jumaat lalu kerana bimbang akan dirobohkan oleh umat Islam yang marah terhadap isu yang sedang hangat berlaku di India.

oleh : Ibnu Isma






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://www.tranungkite.cjb.net/ dan Email : tranung2000@yahoo.com