UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DOKUMENTARI MEMALI SEBENAR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Isu memali yang diulang tayang setiap hari di RTM telah membuat orang ramai semakin bosan dan muak untuk mengikuti berita perdana. Kita cadangkan agar pihak PAS dapat menemuramah mangsa-mangsa yang terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut dalam bentuk dokumentari video/vcd. Kita yakin pihak unit penerangan video PAS dapat membuat pengambaran yang berbentuk dokumentari atau peristiwa yang sebenar berlaku terhadap peristiwa memali. Unit Video tersebut boleh membuat pengambaran dan temuramah dengan mangsa tersebut secara langsung. Mereka yang ditemuramah tersebut saya yakin dapat memberi penjelasan yang sebenar berlaku dalam peristiwa tersebut.

Mereka yang terlibat tersebut boleh menceritakan dari mula hingga akhir tentang peristiwa yang sebenar berlaku dan mereka ini akan memberi penjelasan agar rakyat Malaysia yang termakan dengan propaganda BN dalam RTM akan dapat gambaran yang sebenar tentang peristiwa tersebut. Kita rasa tak perlu lah kita buat lakonan (sendiwara) tapi yang penting kita lakukan cerita sebenar seperti membuat pengambaran serta menemuramah mangsa yang terlibat disamping kita tunjukan macamana peristiwa itu berlaku. Kita yakin dengan cara ini kita boleh memberi penjelasan kepada rakyat umum apa yang sebenarnya berlaku dalam peristiwa itu. Ini sajalah cara untuk kita memberi penjelasan kepada rakyat kerana kita tidak mempunyai TV/Radio untuk menerangkan keadaan yang sebenar tentang isu-isu semasa.

Kita boleh sebarkan video/VCD tersebut kepada umum. Bila ini berlaku rakyat akan dapat menilai sendiri apa yang sebenarnya berlaku. Diharap pihak PAS terutama sekali unit pengambaran video dapat melakukan perkara tersebut secapat mungkin. Semoga cadangan kita ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.

Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapat berita yang sebenar berlaku kalau harap pihak RTM dan Media Massa BN untuk memberi gambaran sebenar jangan haraplah sebab mereka takut kepentingan mereka tergugat.

Diharap peristiwa tersebut dapat dibuat secepat yang mungkin. sekian harap maklum.

Dari Rakyat Malaysia,
Yang ingin penjelasan sebenar.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://www.tranungkite.cjb.net/ dan Email : tranung2000@yahoo.com