UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tak guna argue

Assalamualaikum,

Sedikit mengenai Ustaz Shamsuri. Saya rasa cukuplah tentang isu ini. Biarlah ALLAH sahaja yg menilai siapa hamba hambaNYA yg benar benar ikhlas dalam perjuangan. Argue pun tak guna, takut kita tersilap dalam menuduh hamba ALLAH lain yg ikhlas. Cuma sedikit terkilan kerana Ustaz Shamsuri betul betul seperti DSAI. Segala jasa dan pengorbanannya ketika masih dalam kerajaan habis lenyap dalam sekelip mata di mata kebanyakan org org ameno hanya semata mata termakan dek fitnah orang lain. tegur kerajaan sedikit sudah dicap agen pembangkang/asing.

Jika begitu, maka sudah barang tentu TG Nik Aziz, Ustaz Hadi Awang habislah dicop sudah berpaling tadah semata mata kerana pernah muncul di majlis tajaan ameno/kerajaan spt sewaktu muncul di sambutan hari kemerdekaan dahulu, sewaktu bersalaman dgn abdullah badawi di masjid di perlis dulu, sewaktu kekadang memuji sesetengah tindakan atau pelan kerajaan dsb.nya. Habislah kalau begini. Apa beza tindakan kita dgn tindakan sesetengah ahli ameno tentang isu dsai dulu? Cuma dibimbangi bila berlaku peristiwa seperti isu Ustaz Shamsuri itu, ini adalah masa untuk ALLAH menunjukkan kepada kita apa niat sebenar kita menuntut ilmu. Jika betul nawaitu, maka dapatlah kita terus menerima Ilmu seterusnya dari Ustaz Shamsuri InsyaALLAH. Jika tidak, maka tiadalah lagi ilmu yg ALLAH nak beri melalui Ustaz Shamsuri kerana kita sendiri sudah memilih utk memboikot semua majlis-majlis ilmunya.

Wallahua'lam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://www.tranungkite.cjb.net/ dan Email : tranung2000@yahoo.com