BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

GENERASI MUDA YANG PUNYA WAWASAN PERLU TINGGALKAN UMNO

OLEH : JEBAT ALAF BARU

SEMALAM saya telah bertemu dengan seorang rakan saya disatu medan selera di kawasan parlimen Kulim/Bandar Baru. Semasa saya dan rakan itu sedang rancak berborak tiba-tiba muncul seorang pemimpin Pemuda KEADILAN Bahagian Kulim/Bandar Baru.

Kami berbual panjang mengenai politik BA dan isu-isu semasa lainnya. Dan yang menarik perhatian saya apabila Pemimpin Pemuda KEADILAN Kulim/Bandar Baru itu memberitahu saya bahawa ramai pemimpin pemuda yang menyokong Ketua Pemuda bahagian tersebut, Sdr. Azimi Daim yang sedang mencipta nama dalam politik UMNO Malaysia setelah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Anggota MKT UMNO telah habis dicatas dalam mesyuarat agung cawangan yang baru berlangsung. Menurut beliau lagi rata-rata penyokong kuat ketua pemuda bahagian itu yang menjadi kontaktor juga telah dicatas. Mereka sudah tidak mendapat sebarang projek, malah Timbalan Ketua Bahagian, Cikgu Husien telah membedakan projek yang bernilai ratusan ribu hanya kepada penyokong golongan veteran sahaja.

Apabila saya mendengar perkhabaran ini daripada mulut pemimpin pemuda parti keadilan, saya merasakan ini hanyalah gimik politik pembangkang dalam usaha merais sokongan masyarakat. Sudah menjadi bukan rahsia lagi bahawa pemimpin UMNO dimana-mana peringkat jua yang menyekat peluang pemimpin dan penyokong parti pembangkang daripada mendapat projek. Tapi satu perkembangan yang baru bagi saya apabila pemimpin veteran UMNO bukan saja mencantas kerier politik generasi muda yang tengah maju ke depan dan tambah mengejutkan saya apabila periuk nasi generasi muda dalam UMNO juga turut dicantas. Hakikatnya berat untuk saya mempercayainya.

Tapi kuasa Allah siapa yang tahu, Allah Yang Maha Berkuasa telah menemukan saya jawapan kepada persoalan yang bermain dibenak saya. Petang tadi saya berkunjung ke Pasar Malam Kelang Lama. Setelah membeli barang-barang keperluan saya hendak berangkap pulang, tiba-tiba saya bertemu dengan salah seorang orang kanan Ketua Pemuda UMNO Kulim/Bandar Baru. Lalu saya bertanyakan persolan yang bermain dibenak saya kepadanya.

Nampaknya orang kanan Sdr. Azimi Daim ini telah menyiakan segala apa yang diceritakan oleh pemimpin pemuda KEADILAN Kulim/Bandar Baru itu. Malah katanya dia sendiri telah menjadi mangsa politik cantas golongan veteran UMNO Kulim/Bandar Baru. Katanya bukan saja kerusi politik dicawangan dicantas malah periok nasinya turut dibubuh pasir dan kini beliau terpaksa lari dan membuka pejabat baru di Pulau Pinang.

Inilah reality politik dalam UMNO hari ini dimana golongan veteran yang takut kepada baying-bayang akan kehilangan kuasa sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mempertahankan kuasa yang ada. Mereka sanggup mencatas tunas baik yang mungkin akan memberikan milage politik baru kepada UMNO. Dan dalam soal ini kita juga tak boleh menyalahkan golongan veteran UMNO Kulim/Bandar Baru yang diketuai oleh Datuk Kadir Sheikh Fadzir kerana sudah tentu beliau belajar daripada Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohamad yang sering mencantas bakat kepimpinan baru dalam UMNO kerana takut kehilangan kuasa.

Jika inilah yang menjadi budaya amalan dan tradisi kepimpinan UMNO maka hayat UMNO akan semakin singkat kerana yang tinggal dalam UMNO hanya mereka yang tidak berwawasan, tidak bermisi dan bervisi. Mereka hanya akan menjadi 'yesman' dan tukang ampu saja. Mereka akan menjadi kaku dan hilang kredilibiliti dan kraetiviti dalam kepimpinan. Seandainya ini berlaku maka akan lebih ramai lagi generasi muda yang sedang menyaksikan sepak terajang politik UMNO akan mengalihkan sokongan kepada BA.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru golongan muda yang bercita-cita tinggi, mempunyai misi dan visi yang jauh ke hadapan, juga kreatif dan berketerampilan supaya meninggalkan UMNO kerana golongan veteran tidak akan mudah melepaskan jawatan yang disandang. Mereka berhajat untuk terus berkuasa hingga akhir hajat mereka kerana dengan kuasa yang ada kocek mereka akan terus kembong dan mereka akan hidup mewah.

JEBAT ALAF BARU JUGA AKAN MENYANGGAH PEMIMPIN ZALIM.







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com