BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

UMNO si jagoan lembu pawah berlagak suci

Agenda Daily 27 Mac 2002 memetik kenyataan Zainuddin Maidin yang mendeskripsikan wujudnya suasana panik di kalangan para pemimpin dan penyokong PAS, akibat daripada penyiaran perkataan "barua". Hakikatnya tidak ada siapa yang panik, ahli-ahli dan para penyokong PAS tidak pernah panik kerana ahli-ahli dan para penyokong adalah pejuang kebenaran. Pejuang kebenaran tidak pernah gundah apabila berada di gelanggan berpencak pendekar!

Realitinya, yang panik, yang resah, yang gelisah sebenarnya adalah para pemimpin Umno dan para juak-juak Umno. Kalau mereka tidak panik, kalau mereka tidak gelisah, maka perkataan "barua" yang disedutpendekkan, sehingga tidak keharuan hujung pangkalnya, tidak akan dicanang, diwar-war hiruk pikuk seluruh daerah. Hanya mereka yang "nanar mamai" sahaja yang terjerit melolong kebingungan disampuk histeria. Hanya pemikiran "tolol kelu" sahaja meraung meracau! Namun apapun keadaannya, penangan "barua" telah menjadikan para pemimpin Umno kalut "tak menentu" sehingga memunculkan sekumpulan "manusia bijak" menjadi kerbau dicucuk hidung!

Zainuddin Maidin juga dilaporkan sebagai berkata, "...tidak ada sesiapa lebih-lebih lagi seorang yang dianggap ulama, wajar menggunakan perkataan kurang manis seperti barua, walau apapun jua alasannya". Ternyata, Zainuddin Maidin cuba "berlagak suci" bagaikan Sang Pertapa, hakikatnya ekor begelumang tahi. "Zainuddin Maidin, masihkah dikau ingat disatu waktu dulu, seketika dikau menjadi Ketua Pengarang sebuah akhbar, bergelarkan Awang Selamat, bukankah dikau telah dijatuh hukum bersalah oleh mahkamah kerana menggelarkan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Fadhil Noor sebagai Nabi palsu, melalui kolum yang dikau kendalikan? masihkah dikau ingat? Apakah wajar dikau menggunakan perkataan itu? Ternyata dikau Zainuddin Maidin, berlagak sebagai Krishna Pendita yang dimuntahkan lembu putih, walhal dikau tak ubah seperti si jagoan lembu pawah, berlegar dalam lingkungan kandang bersisakan najis".

Juga, dipetik Zainuddin Maidin sebagai berkata, "... tujuan RTM menyiarkan klip video Nik Aziz itu, bagi membolehkan penonton menjadi hakim siapa sebenarnya ulama tulen dan "ulama terompah kayu..." Memperlihatkan kedayusan berfikir dan kebebalan persepsi Zainuddin Maidin. Bagaimana mungkin penonton boleh bertindak untuk menjadi hakim jika bukti yang dikemukakan tidak lengkap? banyak fakta disembunyikan, yang dikeluarkan hanya bukti-bukti yang disedut tapis menyokong pendakwa, perbicaraan dilakukan tanpa hak membela diri, mana mungkin wujud keadilan? Jelasnya, Zainuddin Maidin menggunakan kaedah "mahkamah kanggaroo" untuk menjatuh hukum, satu tindakan tidak bermoral, menggambarkan sikap khianat penuh dendam kesumat. Apa yang dilakukan oleh Zainuddin Maidin menyamai kaedah befikir "gerombolan Bintang Tiga"!

Secara tegas dapat dikatakan bahawa mereka yang bersekongkol dengan UMNO, bukan dari kalangan ulama. Mengikut Ijtimak Ulama Se Malaysia 1982, ulama dicirikan dengan sifat-sifat; pertama, berkebolehan dalam bidang-bidang agama Islam. Kedua, dapat memahami kitab-kitab agama yang muktabar. Dapat mengajar dengan kaedah yang sesuai. Beramal dengan ilmunya dengan penuh takwa dan iman.

Mereka yang bersekongkol dengan UMNO hakikatnya tidak berkebolehan dalam bidang-bidang agama Islam, kerana ketidakmampuan mereka untuk menilai UMNO dari sudut Islam. UMNO hakikatnya bukan gerakan Islam, juga bukan parti Islam, perjuangan UMNO tidak bersifat syumul. Asas kedaulatan perlembagaan UMNO adalah terletak pada manusia. Perlembagaan UMNO tidak meletakkan al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar sumber perundangan. Ini bermakna UMNO adalah sebuah parti yang menyimpang dari landasan Hizbullah, maka secara tidak langsung terkeluar dari kriteria parti Islam. Realitinya, sekiranya UMNO itu parti Islam, maka Zainuddin Maidin tidak akan menjadi ahli. Disebabkan UMNO bukan parti Islamlah maka Zainuddin Maidin menjadi ahli. Rangkaian hubungan UMNO dengan pihak-pihak luar negara juga tidak memperlihatkan kecenderungan untuk mendekati gerakan Islam.

Mereka yang bersekongkol dengan UMNO juga tidak memahami kitab-kitab agama yang muktabar. Kitab-kitab agama muktabar dengan jelas "menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram" tidak ada kompromi di antara keduanya. Sebaliknya apa yang berlaku dalam UMNO wujud fenomena mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Kitab-kitab muktabar juga mengesahkan berhukum dengan syariat Allah adalah wajib, sebaliknya UMNO menolak berhukum dengan hukum Allah. UMNO menjunjung tinggi pemisahan kehidupan dengan agama, satu fahaman yang diceduk dari pemikiran laisses faire barat. Ini bermakna golongan berpendidikan agama dalam UMNO atau yang berkompromi dengan UMNO bukan dapat dikategorikan sebagai ulama kerana tidak memahami kitab-kitab muktabar.

Berhubung dengan ciri ketiga, mereka yang bersekongkol dengan UMNO tidak memperlihatkan kewibawaan mengajar dengan kaedah yang sesuai. Kebanyakan golongan berpendidikan agama dalam UMNO bukan bersifat "Tok guru" menyampaikan ilmu dengan penuh kebenaran. Sebahagian besarnya tidak berani mencerakin ilmu-ilmu Islam melampaui soal wuduk, nifas, sembelihan, haji dan perkahwinan. Kebanyakan mereka tidak berani untuk berbicara soal pemikiran politik Islam, perundangan Islam, ekonomi Islam dan kepimpinan Islam. Soal-soal ini dikesammpingkan, kalau pun ada yang dibicarakan, cuma yang berkaitan dengan isu-isu yang seronok didengar oleh para pemimpin mereka. Kebanyakan gologan agama dalam UMNO bukan bersifat "penyampai kebenaran Islam" tetapi sebehagian besarnya adalah pengampu totok yang bergaya dengan kasut tebal, kot tebal, cermin mata tebal lagi besar dan permaidani tebal.

Ini bermakna, golongan agama dalam UMNO bukan golongan yang beramal dengan ilmunya dengan penuh takwa dan iman. Keadaan ini disebabkan situasi dalam UMNO itu sendiri tidak membenarkan "ilmu diamal dengan penuh takwa dan iman" kerana UMNO bukan parti Islam yang dapat menjiwai naluri Islam. Tanpa menjiwai naluri Islam, bagaimana Islam dapat diamalkan. Inilah hakikat dilema UMNO. Tanpa roh ilmu Islamlah maka moral para pemimpin dan ahli UMNO berantakan, dalam UMNO wujud pelbagai jenis sindrom yang berpunca daripada kematian ilmu Islam; politik wang, tembak menembak, bunuh membunuh, amalan syirik, cantas mencantas, fitnah memfitnah, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan segala bentuk perangai hodoh nafsu-nafsi. Keadaan ini mengambarkan wujudnya jurang dalam amalan ilmu dengan penuh keimanan. Oleh itu, mereka yang berada di dalam UMNO hakikatnya mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.

Berdasarkan hujahan tersebut, maka adalah benar telahan yang mengatakan wujudnya "ulama terompah kayu", bukan soal mereka tidak sehaluan dengan PAS sebagaimana dakwaan Zainuddin Maidin. PAS tidak pernah menidakkan mereka yang tidak sehaluan dengan PAS, kerana Islam membenar perbezaan pendapat dan perbezaan pendapat itu adalah satu hikmah! Di sinilah ketaranya "kesengkekan" berfikir serta keterbatasan "minda ceria" Zainuddin Maidin dalam mentafsirkan situasi. Dalam hal ini, Zainuddin Maidin mempunyai kecacatan persepsi yang nyata. Apa yang menjadi isu adalah kebanyakan golongan agama dalam UMNO membiarkan diri mereka diperalatkan oleh pihak yang "buas nafsu" sekularnya untuk menginjak-injak, menghina, menodai, menggelap dan meluluhkan Islam, semata-mata untuk membolehkan serta menghalalkan tindakan bagi kepentingan politik sekular. Golongan agama dalam UMNO hanyalah sebagai "alas kaki" yang boleh dibawa kemana sahaja, hatta ke lembah berlumpur yang hapak dan hanyir, semata-mata bagi membolehkan kaki-kaki kasar terus menapak membelah kuasa dengan rakus sambil terus memetak-metak Islam, bagi memenuhi gejolak "nafsu berahi"! meliar meratah dengan penuh kerakusan.







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com