UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SIAPA CALON BARISAN ALTERNATIF DI KETARI ?

Assalammualaikum & Salam REFORMASI. Sudah lama penulis tidak ke Kuala Lumpur namun Alhamdulillah pada hujung minggu yang lalu penulis berkesempatan juga ke KL atas urusan bisnes. Sebagaimana biasa apabila penulis berkesempatan ke Lembah Kelang, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menemui rakan-rakan REFORMIS (tidak berparti) mahupun rakan-rakan REFORMIS (berparti) yang amat penulis hormati kerana keberanian mereka ‘keluar – masuk’ lokap dan di dakwa di mahkamah kerana menentang pemerintahan zalim Mahathir & Barisan Nasional selama tercetusnya REFORMASI.

Bagi penulis yang berasal dari Johor, senario penentangan rakyat terhadap pemerintahan zalim Mahathir & BN di sana masih agak ‘sejuk’ lagi. Mungkin,.. keperluan untuk mengadakan suatu bentuk program khusus untuk ‘memanaskan’ apa yang ‘sejuk’ di Johor ini agar Gelombang Kebangkitan Rakyat tidak hanya dirasakan oleh rakyat di Lembah Kelang, Utara mahupun di Pantai Timur Semenanjung sahaja. Perlu diambil perhatian, hanya baru-baru ini apabila harga komoditi merudum dan setelah ramai pekerja kilang yang kehilangan pekerjaan barulah rakyat di Johor ‘celik mata’ melihat periperlunya untuk mengadakan perubahan politik selari dengan rakyat di bahagaian lain Semenanjung Malaysia yang sudah lama mengorak langkah untuk melaksanakan perubahan.

DEMAN PILIHANRAYA KECIL KETARI

Seringkali apabila hampir berlangsung sesuatu pilihanraya, Media Pro Kerajaan menempelak Pakatan Pembangkang (Barisan Alternatif) atas tuduhan: “Masing-masing mementingkan diri sendiri”. Adakalanya benar dakwaan sedemikian .

Lain pula halnya di pihak Barisan Nasional, mereka sudah bersiap sedia membariskan nama 2 doktor dan 2 peguam dari parti komponennya – GERAKAN sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil DUN Ketari yang perlu diadakan selewat-lewatnya awal April 2002 ini.

Sehingga artikrel ini ditulis, difahamkan Majlis Presiden Barisan Alternatif yang dianggotai pimpinan tertinggi dari PAS, KeADILan & PRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu perletakan calon BA dalam pilihanraya kecil tersebut.

Walau bagaimanapun beberapa kenyataan tidak rasmi dari pimpinan PAS yang dikutip dari siri Ceramah Umum di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar ada menyebut bahawa pihak PAS telah bersedia untuk menyokong calon dari mana-mana parti komponen BA mahupun DAP atas kapisiti “Satu Lawan Satu Untuk Menjatuhkan UMNO & BN”. Selain dari AJK Pusat – Dr Hatta Ramli, Naib Presiden parti berkenaan YB Dr Hassan Haji Md Ali turut mengesahkan perkara berkenaan dalam isi kandungan caramah mereka yang telah diadakan pada 4 Mac yang lalu.

Di pihak PAS, kemuncak kepada segala persoalan terhadap isu ini adalah penyiaran laporan Media Massa Pro Kerajaan pada 7 Mac 2002 mengulas mengenai kenyataan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS – Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyebut bahawa beliau sentiasa terbuka di dalam berurusan dengan sesiapa jua termasuk DAP serta menyokong sekiranya parti berkenaan bertanding di Ketari kelak. Namun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Presiden Barisan Alternatif untuk menyelesaikan isu berkenaan demi merealisasikan hasrat menumbangkan pemerintahan yang zalim pimpinan Mahathir, UMNO & Barisan Nasional.

Bagi pihak pucuk pimpinan DAP pula, mereka mendakwa kerusi Ketari secara ‘tradisinya’ adalah milik mereka dan DAP patut diberikan laluan untuk meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil berkenaan.

Walau bagaimanapun, Mr Leong - seorang aktivis DAP Bukit Bintang ketika ditemui di Kompleks LOT 10 ada membayangkan bahawa Generasi Pemuda di dalam DAP mengambil pendekatan yang agak rasional berhubung isu ini. “Soal calon atau dari parti mana sekalipun tidak timbul, kerana yang penting bagi kita adalah Jatuhkan Mahathir & Barisan Nasional terlebih dahulu. Kemudian barulah kita berunding untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian kecil yang selama ini diperbesar-besarkan oleh pihak musuh,” ujar beliau yang begitu fasih berbahasa Melayu kepada penulis.

REAKSI KEADILAN

Pelbagai reaksi terutama dari Pergerakan Pemuda Pahang yang bersungguh-sungguh mahukan kerusi Ketari ini menjadi milik KeADILan. Apa pun alasannya, penulis berpandangan adalah lebih bijak sekiranya diamalkan pendekatan bersikap terbuka dan mengkaji semula setiap aspek termasuk strategi percaturan agar ianya tidak membelakangkan Konsep Satu Lawan Satu Untuk Menjatuhkan Mahathir & Barisan Nasional secara Demokrasi.

Jangan biarkan kenyataan politik anda menjadi bahan ejekan musuh yang sentiasa menanti peluang untuk mengesahkan dakwaan yang mengatakan Pakatan Pembangkang Pentingkan Diri Sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan terdapat suatu komentar yang agak positif ingin penulis ketengahkan dalam artikel ini. Salah seorang EXCO Pergerakan Pemuda KeADILan yang penulis temui ada menyebut keperluan untuk KeADILan meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil berkenaan setelah mengambil kira komposisi pengundi serta faktor-faktor strategi. Kenyataan sebegini mempunyai kerasionalannya.

Ketika ditemui dalam satu majlis jamuan makan tengahari sempena perasmian sebuah restoran di Bandar Utara KL beliau menyebut akan mengusulkan di dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda KeADILan yang akan diadakan pada hujung minggu ini resolusi untuk mendesak Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) agar meletakkan calon KeADILan dalam pilihanraya kecil itu nanti dan seterusnya membawa hasrat KeADILan tersebut ke Majlis Presiden BA untuk mendapat ‘persetujuan secara konsensus’.

“Calon yang akan diusulkan itu nanti merupakan seorang pimpinan tempatan dari PRM namun dengan penggunaan lambang ‘mata’ sebagai memenuhi kehendak pengundi,” ujar beliau lagi.

Bagaimanapun, keputusan membawa usulan tersebut bagaimanapun terletak kepada sejauh mana tindak balas yang akan dilakukan oleh pimpinan DAP setelah KeADILan meletakkan syarat tidak akan meletakkan calonnya sekiranya DAP mengambil keputusan untuk ‘rujuk’ semula ke pangkuan Barisan Alternatif seterusnya memberikan laluan kepada mereka. Dalam perkembangan ini tindakan dari DAP masih dinantikan.

LUKA LAMA BERDARAH LEBIH 4 KALI

Perlu diingat bahawa di dalam isu perletakkan calon seumpama ini, BA terutamanya KeADILan dan DAP sehingga kini telah lebih 4 kali menghadapi problema pertembungan tuntutan hak yang serupa. Bermula di Pilihanraya Kecil Parlimen Telok Kemang, Pilihanraya Kecil DUN Lunas , Pilihanraya Negeri Sarawak sehinggalah ke Pilihanraya Kecil DUN Indera Kayangan, nampak tidak ada kesudahan kepada penyelesaian isu berkenaan.

Dari tinjauan rambang yang dikutip dari beberapa lokasi strategik para REFORMIS sekitar ibu negara, mereka menganggap perkembangan pertikaian tuntutan hak meletakkan calon ini sebagai amat malang kepada rakyat yang mahukan perubahan dan REFORMASI.

Puan Nora; seorang REFORMIS terkemuka yang kini sedang berbadan dua untuk kali yang ke enam melahirkan hasrat agar pertikaian seumpama ini ditamatkan segera. “Sudah tiba masanya orang-orang politik dalam BA berfikir secara waras dan kembali kepada persetujuan asal penubuhan BA iaitu menumbangkan Mahathir & Barisan Nasional secara demokrasi dan menghentikan pertikaian yang remeh-temeh,” ujar beliau ketika ditemui di kawasan perniagaan Masjid India baru-baru ini.

Seorang lagi REFORMIS yang ditemui; Haji Zul pula menyatakan kekesalannya kepada sikap orang-orang politik dalam BA yang disifatkannya membelakangkan aspirasi rakyat untuk menyaksikan pemulihan ekonomi negara melalui pembebasan DSAI. “Macam mana nak bebaskan DSAI jika masalah sekecil perletakan calon dalam pilihanraya pun sudah lebih 4 kali ‘bertelingkah’ dan lewat untuk diselesaikan,” nada kecewa beliau ketika di temui di Universiti Malaya.

KOMENTAR EMOSI

Dalam pada itu seorang REFORMIS veteran; Haji Mad pula menggesa agar kepimpinan KeADILan mengambil langkah meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil itu nanti. “Biarkan pertandingan 3 penjuru berlangsung. Kita nak tengok samada 5,643 undi yang diperolehi perolehi oleh DAP dalam Pilihanraya Umum 1999 lalu samada datangnya dari penyokong DAP ataupun rakyat yang simpati dengan perjuangan DSAI, KeADILan dan BA,” sambung beliau lagi. “Saya bukanlah berniat untuk mempertikaikan mana-mana pihak, namun sebagai seorang penyokong Gerakan REFORMASI, saya agak keberatan untuk menyokong sebuah parti seperti DAP yang terang-terangan membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan dengan mengambil tindakan meninggalkan BA,” tambah beliau.

“Kenyataan tersebut nampak begitu sinonim dengan hasrat pihak musuh yang memang mahukan perpecahan undi berlangsung di kalangan Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya kecil ini. Menteri Besar Pahang – Dato’ Seri Adnan Yaakob dalam satu kenyataan media semalam mencanangkan agar semua parti-parti politik mengambil bahagian di dalam pilihanraya ini atas dasar amalan demokrasi,” dakwa Pak Ya, seorang Pegawai Kerajaan yang menyokong REFORMASI secara diam-diam.

“Semoga Barisan Alternatif tidak terperangkap dengan strategi pihak musuh ini kerana kelak yang akan menangggung kerugian adalah aspirasi rakyat itu sendiri,” tambahnya lagi.

BERITA BAIK ?

Sebelum pulang ke Johor penulis berkesempatan menemui seorang sumber yang rapat dengan PHILEO (Ibu Pejabat KeADILan). Seperkara yang perlu para pembaca ketahui adalah: walaupun sesudah perceraian DAP dari BA, Majlis Presiden Barisan Alternatif yang dianggotai pimpinan tertinggi dari PAS, keADILan & PRM masih turut dihadiri oleh pimpinan dari DAP. Jika benar dakwaan berkenaan, ini bermakna Majlis Presiden BA iaitu PAS, KeADILan & PRM + DAP (Majlis Presiden 3 + 1).

Apa yang penulis ingin tekankan melalui artikel ini adalah semoga orang-orang politik di dalam BA mahupun mana-mana juga parti politik yang ingin merealisasikan hasrat untuk menumbangkan Mahathir & Barisan Nasional secara demokrasi agar mengambil pendekatan yang lebih rasional untuk kejayaan kita bersama.

Perlu diingat bahawa: Perancangan yang hak akan gagal jika tidak disertai usaha dan perancangan yang berkesan dan Perancangan yang batil akan berjaya kerana mereka bersatu.

Nah.., tepuk dada tanyalah iman. Jika orang-orang politik di dalam BA benar-benar mendakwa anda adalah di pihak yang benar, bertindaklah secara rasional dan kurangkan emosi. Persetankan kata-kata kuno seperti ‘mempertahankan kerusi tradisi’, ‘DUN itu parti kita lebih kuat’ dan bermacam-macam lagi kata-kata yang hanya reotika semata-mata. Dan dalam hal ini Pergerakan Pemuda KeADILan Pahang adalah diseru agar tidak bercakap menggunakan istilah ‘Bertanding Kerana KeADILan Lebih Popular’. Soal popular atau tidak itu adalah urusan pengundi, bukan orang-orang politik.

Cukuplah,.. Sampai bila orang-orang politik di dalam BA ingin terus mengamalkan sikap AKU, AKU & AKU ?. Segeralah amalkan sikap KITA, KITA & KITA. Barulah Barisan Alternatif akan menjadi lebih perkasa.

ISU PENGGABUNGAN

Dalam pada itu respons para REFORMIS yang penulis temui menuntut: Proses Penggabungan Parti KeADILan Nasional (KeADILan) + Parti Rakyat Malaysia (PRM) = Parti KeADILan Rakyat Malaysia (KeADILan) diselesaikan segera. “Jika dulu proses penggabungan terbantut kerana sikap prajudis segelintir pemimpin di dalam KeADILan, kini mereka yang menentang hasrat penggabungan sudah tiada di dalam Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan kerana Perwakilan tidak mengundi mereka lagi”, dakwa Haji Razali ketika di temui di Bukit Damansara.

Penulis pula telah membayangkan agar Proses Penggabungan KeADILan + DAP dizahirkan sebelum Pilihanraya 2004. Apa komen para pembaca ?.

Sekian, Salam REFORMASI

WAK JUMAAT KELIWON
Parit Raja
BATU PAHAT

23 Zulhijjah 1422H
Bersamaan 8 Mac 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://www.tranungkite.cjb.net/ dan Email : tranung2000@yahoo.com