Saya mencadangkan Kerajaan MENGHARAMKAN Mesyuarat UMNO. Ini adalah kerana terdapat banyak bukti, mesyuarat UMNO akan mengakibatkan kekacauan dan rusuhan. Lagipun mesyuarat UMNO boleh mengganggu ketenteraman awam. Contoh terbaru adalah di Marang Terengganu. Sudahlah mensyuarat di adakan di sekolah, satu tempat yang UMNO sendiri haramkan kegiatan politik di dalamnya. Kecoh pulak tu, sehinggakan pihak polis terpaksa lepaskan beberapa das tembakan. Sekiranya perkara ini berterusan maka rakyat akan hidup dalam kebimbangan. Sebenarnya peristiwa kekecohan dalam mesyuarat UMNO (dan Barisan Nasional) bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun lalu acara membaling kerusi dan memecahkan pintu berlaku dalam mesyuarat UMNO di Melaka dan Bandar Tun Razak. Menteri dalam negeri sepatutnya menimbangkan pengharaman "PERMIT" Mesyuarat UMNO. Atau setidak-tidaknya pasukan FRU dan PGA perlu dikerahkan ke setiap mesyuarat UMNO. Mesyuarat UMNO juga perlu diadakan jauh ke dalam kebun getah atau kelapa sawit. Menteri Dalam Negeri juga perlu belajar semula kerana asyik tidak tahu sahaja. Mungkin masih ada kelas untuk orang dewasa sekitar Lembah Kelang. Ini adalah kerana Menteri Dalam Negeri ini tidak tahu antara Ceramah PAS dan Mesyuarat UMNO mana yang lebih selamat dan berfaedah. Habis anggota polis dikerahkan mengawal ceramah yang aman sehinggakan penjahat di lokap senang-senang lari dari tahanan. Ini dikatakan jauhari yang tidak kenal manikam. Begitu juga dalam peristiwa di Indera Kayangan Perlis, seorang anggota polis telah kehilangan beberapa batang gigi akibat di belasah oleh hantu-hantu UMNO.
Adalah lebih baik lagi sekiranya UMNO itu sendiri diharamkan. Kerana unsur-unsur keganasan dan militan di dalam UMNO, jika terus dibiarkan pasti akan menghuru-harakan negara. Lebih-lebih lagi Lambang Parti UMNO itu sendiri adalah Keris Tanpa Sarung (bogel). Yang melambangkan keganasan. Sebelum ini banyak bukti menunjukkan bahawa UMNO memang mengamalkan Politik Keganasan (KOMUNIS). Pernah berlaku Menteri UMNO menembak mati rakan se parti. Begitu juga peristiwa pembunuhan ADUN UMNO Batu Talam, Arwah Dato' Mazlan (bukan syahid) telah dikerat 18 oleh seorang bomoh wanita yang mengaku akan terus menyokong UMNO.
Pemimpin UMNO juga telah terbukti terlibat dalam rompakan Wang Royalti Petroleum dari Kerajaan Negeri Terengganu. Lagi satu Kerajaan Malaysia dibawah teraju UMNO sudah hilang kewibawaan. Sehinggakan boleh dipermainkan oleh Singapura yang sekangkang kera itu. UMNO sudah hilang wibawa di mata dunia apalagi di mata rakyat. UMNO begitu pengecut untuk mempertahankan kedaulatan negara. Cuma berani lawan rakyat yang lemah sahaja. Kalau dilihat dari apa yang berlaku sekarang adalah tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan jatuh ke tangan Singapura kerana KEDAYUSAN UMNO. Pemimpin UMNO hanya gemar berehat di Antartika sewaktu rakyat dalam "kepanasan" di tanahair. Oleh itu... HARAMKAN SAHAJA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN KEDAULATAN NEGARA.
KerisKontot.
______________________
Terbitan : 19 Mac 2002
Ke atas
Home