BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

KEDAH TAK BERGERAK LAGI?

Oleh : kerismelayu@debatrakyat.com.my

Kedah masih tak ada apa lagi program terancang untuk menawan hati rakyat. Ini dapat dilihat dari kesepian perlaksanaan program program UMNO yang tidak sampai langsung ke akar umbi. Penulis baru sahaja menyiasat kalendar program UMNO Kedah yang tiada lain hanya mengiringi Dato Syed Razak Syed Zain dalam acara rasmi majlis Kerajaan Negeri dan sambutan di airport apabila PM balik melawat Kedah. Apa ni!..Dah ketandusan idea ke pemimpin Kedah?

UMNO Kedah sewajarnya mendekati kakitangan Kerajaan yang masih condong ke arah pembangkang. UMNO Kedah perlu mengenal pasti penyokong penyokong pembangkang yang sedang bersembunyi dan menyimpan kuku seperti puak Taliban di Afghanistan. Menjelang pilihanraya 2004, mereka ini lah yang akan menjadi duri dalam daging dan bertindak menentang UMNO. Mereka ini berkerja untuk PAS seolah olah macam Kerajaan PAS yang bayar gaji mereka. Mereka ini sewajarnya disingkirkan dari sekarang sebelum UMNO dikatakan menggalas biawak hidup yang sentiasa mencakar dibelakang.

Tidak nampak pun sebarang ketokohan kepada Ketua Ketua Bahagian UMNO yang ada sekarang. Kebanyakan nya tidak boleh berpidato dengan baik. Cakap baru 1/2 jam ramai dah yang menguap/mengantuk. Isu isu yang dibicarakan boleh didapati dalam TV3 dan Utusan Malaysia. Kurang membaca dan kurang pengalaman rasanya pemimpin UMNO sekarang ini.

Ketua ketua Bahagian UMNO juga jarang dapat dilihat dikawasan umum seperti pasar malam, pekan nat dan pasar tani. Tanyalah peniaga peniaga disitu. Mereka akan berkata pemimpin UMNO ni lebih suka pergi shopping kat Supermarket dan Hypermarket. Sebenarnya kalau pemimpin UMNO ni turun ke pekan / pasar malam sebegini banyak juga kelebihannya kerana perhubungan sesama Melayu akan terasa lebih erat dan banyak masalah rakyat dapat didengari. Rakyat ni bukan minta banyak, boleh dengar masalah mereka pun sudah cukup baik bagi mereka.

Ketiganya Ketua Ketua UMNO Bhg yg memegang jawatan Exco dalam Kerajaan Kedah lebih dilihat 'over acting' daripada sepatutnya. Trend sekarang bukan boleh macam tu dah. Kalau menghadiri sesuatu majlis rasmi, datang lah awal sedikit.

Berbual buallah dengan pegawai Kerajaan diperingkat rendah dan orang ramai sambil menghulurkan salaman. Ini tidak, sampai tepat pada waktunya dan terus naik kepentas utama dan terus duduk dikerusi empuk. Atau sampai awal sepuluh minit dan berkumpul bersembang bersama dif kehormat lain tanpa mempedulikan tetamu yang meramaikan majlis.

Ketua Ketua UMNO Negeri Kedah diminta jaga UMNO baik baik. Kalau nak pegang jawatan, bertanggungjawablah sikit. Janganlah hanya membela 2 atau 3 orang penting yang dapat menjaga kedudukan mereka. Ramai yang akan dapat susah nanti. Pengalaman p/raya 1999 sudah cukup memberi pengajaran kepada semua yang hanya menunggu peruntukan tasan tanpa berbuat apa apa. Peruntukan turun 300 ribu, hanya 50 ribu dibelanjakan. Yang lain kononnya perbelanjaan pentadbiran UMNO bahagian.

oops ya, sebelum penulis terlupa, diberitakan bahawa PAS sedang mengumpul penyokong setianya berkumpul sebagai pengundi di semua kawasan DUN Melayu. Apa kah strategi mereka? Biarlah Ketua Ketua UMNO Bahagian di Kedah fikirkan sendiri.

Harap harap tu, selamatlah Negeri Kedah pada 2004 nanti. Tetapi kalau trend Ketua Ketua UMNO Bahagian yang pekak, bisu dan lumpuh ini berterusan, hai..entahlah. Hanya keajaiban sahaja yang memungkinkan.

..........................................
Keris Melayu adalah editor1 atau Webmaster Laman Debat Rakyat (Laman UMNO)







______________________
Terbitan : 17 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com