Ketari kenyataaan Dato' Fadzil disokong

Oleh : syafira sharif

assalamualaikkum,

saya tertarik dengan artikel tentang kenyataan presiden PAS yang ingin membantu calon pembangkang untuk berkempen didalam pilihanraya ketari. Walau pun masa di Indera kayangan DAP tidak mahu menolong menbantu kempen pembangkang, biarlah kita berbuat baik dengan mereka. Kerana bukan sudah menjadi satu kewajipan kita sebagai menarik minat pada orang bukan Islam untuk melihat kebaikan Islam serta sifat tolong menolong yang menjadi amalan orang yang beragama Islam. Mungkin dengan ini mereka akan membuka mata dan mengakui keikhlasan kita yang mahu menumbangkan kerajaan zalim dan takbur.

Sesungguhnya yang baik segalanya datangnya Allah, dan yang buruk datangnya dari saya. Teruskan perjuangan semoga kita tidak terus patah semangat walaupun diuji dengan pelbagai dugaan. Insyaalah.

Wasallam.



............................................
Terbitan : 16 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com