BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Umno Menipu Lagi..

Kampung Boy bersua kembali. Kisah yang akan saya ceritakan ini terjadi di Manchester, UK beberapa minggu sudah. Di sana telah diadakan satu pertandingan bolasepak merebut 'Piala Perantau' yang mana mengikut tradisi telah diadakan tiap-tiap tahun oleh Kelab Umcino Salford dan Manchester (KUSMA).

Mengikut flyers, pertandingan itu akan dirasmikan dan ditutup oleh YB Raja Ahmad Zainuddin selaku Naib Presiden FAM yang juga MP Batu Kurau. Disamping itu flyers juga menyatakan bahawa TV3/4 akan datang untuk membuat liputan. Jadi apalagi kawan-kawan saya yang kaki bola disini, macam cacing kepanasan la. Inilah peluang untuk masuk tv malaysia sambil 'tayang skill' kepada awek-awek di Malaysia. Apabila tiba hari pertandingan kawan-kawan saya menjadi cemas kerana di kawasan padang seperti tiada apa-apa persiapan untuk menyambut YB pun. Tunggulah kami semua di padang. Pada waktu yang sama sibuk penganjur membentangkan banner pertandingan. Pada banner pula ditulis 'pertandingan akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang selaku Presiden FAM. Pulak.. Hinggalah ke akhir pertandingan tv3/4 pun tak nampak, Raja Ahmad pun tarak, Sultan apalagi, langsung la takde. Kesudahnya hadiah disampaikan oleh En. Johari selaku Ketua Kelab Umno Malaysia seluruh UK. Mengikut cerita dari krew pertandingan sendiri sebenarnya semasa flyers diedarkan TV3/4 belumpun membuat keputusan untuk datang ke sini. Pandai-pandai saja Kelab Umno sini yang mereka.

Sebenarnya moral di sini ialah asalkan kalau orang itu Umno, tak kira ahli bawahan hinggalah ke presidennya sendiri semuanya penipu belaka. Buat janji memang pandai.

Kampung Boy a.k.a Kampung Kid







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com