BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Mengapa Payah Sangat Nak Siapkan Penyata Sidang DUN Selangor Yang lalu

Oleh PEMERHATI DALAMAN

Sehingga tamat waktu bekerja petang tadi, Jumaat 29 Mac, iaitu sehari sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bermula, 30 Mac, Ketua Pembangkang DUN Selangor, Dr Hassan Ali, yang juga ADUN Sungai Burong, DISAHKAN BAHAWA LAPORAN PENYATA SIDANG DUN SELANGOR YANG LALU, YANG SEPATUTNYA DIEDARKAN KEPADA SEMUA ADUN-ADUN LAMA SEBELUM INI, BELUM PUN SAMPAI KEPADA MEREKA.

Ini cukup mendukacitakan sekali, bila ia berlaku kepada sebuah negeri yang dikatakan termaju di Malaysia, yang pesat membangun, tetapi gagal untuk sediakan laporan penyata sidang DUN. Nak siapkan laporan sidang DUN begitu susah, tapi kalau nak luluskan tanah pada kroni, baru tubuh syarikat 35 hari pun sudah dapat tanah 50 ekar, yang nilainya hampir RM10 juta.

Sidang DUN yang lalu, yang gempar dengan pendedahan isu megarasuah Menteri Besarnya, Khir Toyo, diadakan pada 29 Oktober 2001, iaitu tepat lima bulan lepas. Malang beribu kali malang, bila dalam tempoh lebih 150 hari itu, laporan sidang, yang hanya mencatatkan apa saja yang dicakapkan oleh wakil rakyat yang berbahas, pun tidak boleh disiapkan. Walhal, bagi penyata sidang Dewan Rakyat, ia dapat disiapkan dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Aduhai Khir Toyo, saya sama sekali tidak percaya kakitangan di SUK, yang terbabit dalam kerja-kerja semudah ini gagal menyiapkannya. Malah dilaporkan sebelum ini, petugas terbabit (Noraliza Mat Saad, tel 03-55447613) telah memaklumkan kepada akhbar bahawa mereka telahpun menghantar deraf penyata itu kepada Khir Toyo hanya beberapa minggu selepas sidang tamat.

Malang bertambah lagi malang bila Khir Toyo hanya menyerahkan semula deraf yang tiada berkaitan dengan isu rasuahnya. Apakah motif Khir berbuat demikian, apakah beliau nak edit terlebih dahulu, supaya isu-isu sensitif yang ditimbulkan pembangkang tentang dirinya dapat disunting semula.

Apa pun adalah tidak wajar sama sekali untuk pihak yang menderaf penyata itu, khususnya ketua bahagian berkenaan, En Bakhtiar, yang asyik mengipas MB, untuk menyerahkan deraf awal kepada Khir. Khir tidak ada kena mengena dengan deraf itu, seperti mana PM langsung tak ambil tahu deraf hansard Parlimen.

Tapi yang saya peliknya mengapa pula wakil rakyat pembangkang pun senyap saja, tidak membantah. Apakah mereka juga mengikut jejak langkah Exco yang sudah dicucuk hidung itu, hingga bila Khir buat peraturan tak boleh bawa keluar minit mesyuarat Exco pun mereka angguk. Sepatutnya timbulkan hal ini kerana ia menganggu proses sidang, yang mana sepatutnya laporan sidang dulu mesti diedarkan beberapa minggu sebelum sidang baru bermula. Alah, dalam setahun, sidang DUN antara tiga hingga empat kali saja, bukannya banyak. Dan sekali sidang maksimum tiga atau empat hari, dan ada yang hanya sehari, itu pun dalam masa sejam boleh selesai sidang!

Tengokkan kes Khir Toyo ni, tak tahulah saya, apa nak jadi dengan Selangor, macam-macam timbul. Toyo Toyo ... bilalah kau nak tumbang?







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com