BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Kereta Merz S320 Yang Baru Tiga Tahun Dibeli Khir dengan Harga RM35,000

Oleh PEMERHATI DALAMAN

Sidang DUN Selangor telahpun bermula. Sultan Selangor merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat, pagi tadi, 30 Mac. Bagaimanapun, perbahasan hangat hanya akan dimulakan pada petang Isnin ini, 1 April, jam 2 petang bila Ketua Pembangkang, Dr Hassan Ali berucap.

Tentunya Dr Hassan mempunyai banyak isu mengenai rasuah Khir Toyo. Ada pihak mencadangkan agar pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepada MB Selangor kerana banyak sangat tindakannya yang mencemarkan institusi menteri besar di negeri ini.

Harapan kini hanya kepada Sultan Selangor agar baginda dapat menyelamatkan keadaan, iaitu dengan memecat Khir Toyo. Selepas aduan rasuah kepada BPR dibuat, aduan kepada polis dilaporkan, siri ceramah gerak gempur dilancarkan, VCD khusus tentang penyelewengannya disebarkan, hanya Tuanku Sultan Selangor boleh menjernihkan keadaan. Tiada jalan lain melainkan Khir Toyo disingkirkan secepat mungkin, dan hanya Sultan Selangor yang boleh berbuat demikian.

Tapi, ada satu isu yang belum dikemukakan terhadap Khir iaitu bagaimana Khir yang menjadi MB tidak pun sampai dua tahun sudah menggunakan kuasanya membeli kereta mewah yang sepatutnya berharga lebih RM350,000 tetapi Khir hanya beli dengan harga RM35,000 sahaja. (Keretanya jenis Mercedez Benz S320)

Sepatutnya ikut prosedur, kereta yang boleh ditawarkan kepada MB atau Exco hendaklah berusia lebih 5 tahun, dan harganya ditentukan oleh JKR (sekali lagi kita kena tanya Pengarahnya Rashid Yusof), bukannya pakat-pakat sesama MB dan anggota Exco yang lain. Ini kerana kereta itu sudah menjadi harta umum dan Khir tak boleh menentukan harga untuk dirinya saja.

Kereta itu pula masih baru lagi (belum lagi empat tahun) dan Khir tidak berhak membelinya kerana dia baru saja jadi MB, tak sampai pun dua tahun. Haii, teruk sangatlah kau ni Khir, semuanya kau nak keistimewaan. Dulu harga tanah PKNS pun kau minta diskaun sampai 50 peratus.

Kes kereta ini akan kita perincikan kemudian, dan harap2lah dapatlah heboh di sidang DUN nanti.







______________________
Terbitan : 31 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com