Hidup ini mesti ada matlamat,dan matlamat itu haruslah jelas.Tidak ada kekaburan seperti yang melindungi Umno Baru(a).Umno kini disaluti oleh konsep yang kabur.Untuk memperkatankan mereka perjuangkan nasib orang Melayu,hanya beberapa kerat saja Melayu yang berjaya di bawah Umno.Itu pun hanya yang ada kaitan kekerabatan atau kroni sahaja.Yang lain tidak selamat atau tidak diselamatkan.
Jika hendak dilihat dari sudut mendaulatkan Islam,Umno hanya menambahkaburkan Islam itu sendiri,seperti mana pemimpin dan ulamanya mempermainkan Islam,seolah-olah Islam bukan agama mereka lagi.Tidak ada dalam sejarah agama-agama di dunia di mana penganutnya mempermainkan agamanya sendiri,melainkan Islam dan teristimewa Umno.
Umno sudah lari dari matlamat asalnya.Umno sudah menjadi barua kepada beberapa orang pemimpinnya sahaja.Orang Melayu tidak lagi mendapat pembelaan dari Umno.Orang Islam juga tidak mendapat pembelaan dari Umno.Umno hanya membela orang-orang yang berkepentingan dengannya tanpa mengira bangsa dan agama.Anak-anak Melayu kini tiada lagi biasiswa untuk belajar di IPTS dan IPTA,kecuali sebilangan kecil darinya.Semuanya kena pinjam dan kena membayar bunga atau faedah.Keperluan asas termasuk api,telefon dan kini air pula diswastakan.Kosnya sudah tentu meningkat.Bayangkan negara lain yang langsung tidak mengenakan sebarang caj kepada air misalnya,kecuali belanja pemasangannya.Dan ia bukan pula negara Islam.
Bagaimana Umno yang mengaku negara ini negara Islam?Sepatutnya pendidikan adalah percuma,kemudahan asas adalah percuma,pinjaman tidak ada unsur riba yang membebankan.Islam itu mudah,maka semuanya harus dipermudahkan.Bukan untuk diri sendiri dan keluarga tertentu sahaja.Rakyat marhaen juga seharusnya merasa hidup lebih selesa di negara sendiri.
Tetapi itulah Umno.Mereka telah memusnahkan segalanya.Yang tinggal kini hanya tulang belulang untuk kehidupan anak cucu di masa akan datang.Itulah Umno yang memang bersifat BARUA DULU,KINI DAN SELAMANYA BARUA.
AlKundangi(3Z)
27.3.2002
______________________
Terbitan : 29 Mac 2002
Ke atas
Home