UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Surat untuk ummah

Oleh : K. Zan

Assalamualaikum (Begitu penghormatan orang Islam buat sepanjang zaman, tidak kira berbeza pendapat atau pandangan, salam adalah sesuatu yg diwajibkan bagi mereka yg mendengar utk menjawab, maka jawablah salamku ini tidak kira engkau itu parti manapun)

Saudara-saudaraku sekalian (Jika anda merasa anda Islam, maka surat ini adalah untuk anda),

Kami hanya seorang hamba Allah yang biasa, bukan ulama maupun cendekiawa. Kami risau, dan takut akan balasan Tuhan kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya jika Allah telah melaknat satu kaum itu, maka itu adalah sesuatu siksaan yg amat pedih di dunia dan akhirat. Itulah yg terjadi pada orang-orang yahudi, yg telah Allah laknati dari dunia sehingga ke akhirat..

Sesungguhnya tangan kami terketar-ketar sewatu menulis surat ini kerana kami tau, syaitan itu ada disekeliling kami, dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kami, bisikan-bisikannya sentiasa bermain ditelinga kami, lebih-lebih lagi bila kami ingin bersuara ttg sesuatu yg baik untuk kita semua. Begitulah saudara-saudaraku sekalian, sesungguhnya syaitan itu ada di sekeliling anda, jadi berhati-hatilah bila berkata-kata, jangan sampai apa yang kita katakan itu bersumberkan dari bisikan syaitan yg mana ianya mungkin akan menjurus pada fitnah, bidaah dan pemesongan akidah. Fikirkan minda-minda yg akan membaca tulisan-tulisan saudara sekalian.

Tidak kira niat itu baik atau tidak, selagi iman didada masih belum cukup lengkap, amat bahaya bila kita berbicara perkara sebegini, bila kita berbicara ttg Allah dan syiarnya melalui Islam.

Walaupun bahaya tetapi kami juga punya tanggungjawab, dan kami juga mahu berbakti kepada agama, biarpun tidak banyak hanya sebesar biji sawi sudah cukup untuk kami,

Ah, bila kami membahasakan diri kami, kami takut saudara menjadi keliru. Kami itu mewakili ramai, jadi biar kami menggantikan kami itu kepada aku, kerana surat ini adalah dari seorang individu yakni diriku kerana aku percaya pada agamaku dan percaya pada apa yg ada di hadapan mataku sekarang.

Saudara-saudaraku sekalian. Berikut adalah 22 tanda kiamat. Renungkan sebentar saudara..

* Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

* Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

* Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

* Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

* Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

* Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

* Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

* Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

* Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

* Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

* Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

* Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

* Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

* Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

* Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

* Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

* Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

* Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

* Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

* Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

* Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

* Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dari 22 tanda kecil itu, tidak satupun yg masih belum berlaku. Semuanya telah terjadi di hadapan mata kita. Dan janganlah kau kaitkan diriku dgn mana-mana parti politik. Aku bukan UMNO, aku bukan PAS, aku juga bukan KEADILAN. Aku hanyalah seorang individu Islam yang takut dan risau. Masakan tidak? Terlalu banyak khabar yg aku dgr dari mereka, dan terlalu byk perkara-perkara fasik dan bidaah terjadi didepan mata, yg mana mereka-mereka inilah sumbernya.

Islam itu agama yg indah. Jangan jadikan Islam itu alasan utk kita berjuang. Tetapi jadikan ia sebagai matlamat perjuangan. Janganlah tergopoh gapah saudara-saudaraku sekalian, masanya akan tiba nanti bila Islam akan meliputi seluruh bumi, dari timur ke barat kerana itulah yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Jangan pula kita leka, kerana aku takut ramai antara kita nanti yg akan jadi munafik, dan dilaknati Allah.

Saudara-saudaraku sekalian,

Hentikanlah pekikan dan tempikan ini. Sesungguhnya ia tidak membawa kemana-mana selain dari kemusnahan dan kehancuran pepaduan ummah. Mari kita perbaiki peribadi saudara-saudara kita yang lemah jangan kita tambahkan kekeliruan mereka. Berdakwahlah atas Islam, bukan atas politik, nasionalisme. Berdakwahlah dengan hati bukan dengan cacian dan kejian. Panggillah saudara-saudara kita dengan panggilan yang baik bukan panggilan panggilan yg mengaibkan. Kita ini hanya manusia. Kita tidak berhak untuk melabelkan seseorang manusia itu lebih-lebih lagi umat Islam kepada sesuatu yg hina.

Taatilah pemimpin-pemimpin kita dengan sebijak-bijaknya dan doakanlah mereka agar mereka termasuk ke dalam orang-orang yg benar. Pemimpin-pemimpin kita juga adalah manusia, dan manusia tidak lepas dari pujukan nafsu dan syaitan. Begitu juga diri kita. Sesungguhnya yang menentukan pahala dan dosa seseorang itu adalah Allah.

Saudara-saudaraku sekalian..

Surat ini hanyalah sebagai permulaan dariku. Sekali lagi ku nyatakan, aku bukanlah ulama ataupun cendekiawan Aku hanyalah hambaNya yang takut dan risau akan masa depan ummah, yakni saudara-saudaranya.

Jika ada umur, atas keizinan Allah mungkin aku akan kembali lagi. Yang selebihnya fikirkanlah sendiri. Duduk dan renungkanlah masa depan diri dan ummah, bukannya politik-politik yang terlalu byk dakyah-dakyah dan fitnah yang amat merbahaya.

Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah s.w.t, dan yg buruk itu adalah dariku.

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa saudara-saudaraku, dan tempatkanlah mereka semua di kalangan orang yg beriman.

Sekian, wassalam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com