Puteri UMNO yang dipopularkan oleh media milik kroni UMNO kelihatan
vogue
dan glamour. Tapi kini dalam Puteri ada pergolakan besar yang sedang
berlaku
serta kejadian rampas-merampas kuasa pula!
Dalang di sebalik keretakan Puteri nampaknya ialah Mastina Abdul Hamid
bekas
Ketua Penerangan Puteri yang memegang jawatan itu tidak sampai setahun.
Mengikut ceritanya, Mastina dan penyokongnya cuba menolak Ketua Puteri
Azalina Othman keluar daripada Puteri dan cuba merampas jawatan itu.
Malang
baginya dia telah tersingkir terlebih dahulu.
Mastina pun memasang strategi iaitu dengan mereka satu cerita yang
dapat
menjatuhkan imej Azalina. Dia berjalan ke sana sini memberitahu ahli
Puteri
supaya jangan percaya pada Azalina. Katanya, Azalina telah menyepak
mukanya
dan kemudian memecatnya daripada exco Puteri.
Dari mula lagi Mastina telah mengumpul orang-orangnya untuk dijadikan
pemimpin-pemimpin Puteri. Tengok saja berapa ramai exco Puteri yang
sudah
meletak jawatan/tersingkir. Padahal Puteri baru berusia belum setahun
dan
belum pun perlembagaan UMNO dipinda untuk mengesahkan kedudukannya
dalam
UMNO sudah terjadi hal sebegini. Itulah politik UMNO.
Yang rugi dalam hal ini tentulah Azalina sebab dia adalah Ketua Penaja
yang
sepatutnya meletakkan batu asas yang kukuh bagi Puteri. Tapi dengan
adanya
musuh-musuh dalaman, matlamatnya mungkin tidak kesampaian. Terlepaslah
dia
imej Ketua Puteri pertama yang berjaya menaikkan Puteri. Malang baginya
sebab dia bukan tidak berkebolehan tapi mencurahkan tenaga ke tempat
yang
salah dan pada masa yang salah.
Dan yang tersenyum puas tentulah makcik-makcik dan nenek-nenek UMNO
dalam
Wanita yang sememangnya tidak menyenangi Azalina. Mereka memang benci
dengan
Puteri lebih-lebih lagi "budak mentah yang bermulut laser" itu. Wanita
memang berusaha menjatuhkan Azalina dan meletakkan proksi Wanita
sebagai
Ketua Puteri supaya Wanita dapat mengawal Puteri. Permusuhan
Rafidah-Azalina
bukannya satu rahsia. Kedua-duanya bermulut lepas dan amat sukar hendak
merahsiakan permusuhan mereka.
Kehadiran Mastina dalam Puteri berjaya memporak perandakan Puteri
dengan
amat cemerlang sekali. Dalam kurang setahun saja, Puteri sudah berpecah
belah dan berperang sesama sendiri mengalahkan parti-parti yang telah
berpuluh tahun bertapak.
Ada pemerhati berpendapat ada pihak yang bekerja keras menjatuhkan
Azalina
seawal yang mungkin dan peluang ini terbuka pada Perhimpunan Agung UMNO
bulan Mei ini. Pihak-pihak ini berharap Azalina dapat dijatuhkan dengan
cara
yang memalukannya di hadapan Wanita, musuh-musuhnya serta semua
delegasi
dari seluruh negara.
Setelah berlaku kemelut dalam Puteri ini, Perdana Menteri tentulah
berasa
rimas dan pening kepala dengan budak-budak perempuan yang bergaduh
ini. Dia
menubuhkan Puteri untuk membaiki imej UMNO dan menarik budak-budak muda
tapi
sekarang ia jadi beban pula! Tentulah Perdana Menteri tidak
teragak-agak
membuang sesiapa saja dalam Puteri demi menyelamatkan maruahnya!
Bin Laden.
______________________
Terbitan : 22 Mac 2002
Ke atas
Home