ASSALAMUALAIKUMWM WBT;
Awas RISIK yang kini berada di pasaran untuk kali
ketiganya (April-Mei2002). Bukan sahaja temubual
eksklusif dengan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi
keseluruhan beritanya melaporkan keburukan PAS yang
memerintah Kelantan dan Trengganu. Termasuk masaalah
pengambilan balik tanah dan pembalakan di Hulu
Kelantan.
Serangan di tujukan dari semua sudut aspek hinggalah
pertemuan tertutup PAS di Hotel Perdana, Kota Bahru
yang melaporkan pepecahan di antara dua golongan pucuk
pimpinan. Iaitu golongan ulama' yang di pimpin oleh
Mursyidul Am di mana jawatan itu akan di tentang oleh
golongan Fadhil Noor. Juga rumah buruk seorang
perempuan tua yang uzur dan pemimpin pemimpin PAS yang
berkereta mewah; mez, ferarri Mahfuz dsbnya. Sementara
temu bual khas dengan Y.Bhg. Mursyidul Am Dato' Nik
Aziz kesemua pertanyaan berkisarkan perasaan! Tidak
ketinggalan Majlis Fatwa komen tentang Dato' Nik Aziz
dan Tuan Guru Hj Hadi yang mengelirukan agama dan
politik serta sorotan Memali.
Dalam lain perkataan kita sekarang ini di serang lagi
dalam bentuk media letronik, bukan dari akhbar
pengampu, tetapi dari makalah seperti BEBAS. Satu
serangan balas dari pihak UMNO dalam menghadapi
pilihan raya yang mendatang. Dengan melaporkan segala
kekeliruan, bertujuan untuk memberitahu rakyat PAS
sebenarnya pembohong! Menggunakan wang kutipan derma
ikhlas untuk kepentingan perut si penceramah yang
pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM 7000 ribu
sebulan.
Seperti yang di nyatakan kita perlu banyak orang macam
saudara Lufti. Melaporkan segala kepincangan UMNO.
Terbaru MOU TSR yang chairmennya Yaacob, yang selalu
berada di belakang Mathir. Dia nii adalah kroni baru
yang bakal bergelar jutawan Melayu ciptaan Mahathir
yang Mahathir berikrar untuk membunuh ke semua jutaan
ciptaan Daim seperti Tajudin Ramli, Halim Saad,
Rashiud Hussein dll. Tidak ketinggalan Azman Hashim.
Mereka ini ke semuanya Mahathir tuduh kerana memabntu
sumber kewangan Pembangkang. Juga Mike Tayson Taib
Muhammad akan bergelar Menteri Penerangan yang baru,
sementara Nazri adalah Menteri Kewangan yang baru.
Semoga dengan ini kita mampu membenamkan RISIK yang
mengambil kesempatan di atas kejujuran Tuan Guru Nik
Aziz dengan berita yang eksklusif yg di putar
belitkan.Dedahkan satu persatu keruntuhan Tabong Haji,
pengunaan wang terapong Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Ayoh serang dan binalah benteng kekuatan ummah! Kita
telah pun menyatakan bagaimana untuk memperkukuhkan
ekonomi, maka fikir dan usahkanlah untuk itu walaupun
untuk membuat dan mengeluarkan dan memasarkan roti
cream crackers.
WASSALLAM.
laduniseven
______________________
Terbitan : 29 Mac 2002
Ke atas
Home