BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Percayakah pada LUTH?

Saya sudah lama tidak menulis tetapi terpanggil juga disebabkan kisah Lembaga Untuk Tanggung Hutang (LUTH).

Dulu saya pernah menulis serta menyarankan dalam ruang siber ini supaya sesiapa yang mahu supaya wang mereka selamat dan dapat mematikan ego UMNO & BN agar mengeluarkan simpanan mereka samada dari tabung haji atau bank-bank yang menjadi keroni mereka sehingga puak jahanam ni gagal dalam perancangan jahat mereka tapi kamu orang tidak ambil peduli. Terbukti sudah sehingga kini dua kali mereka sapu duit kamu semua. Adakah kamu semua percaya lagi?

Sekiranya kamu masih menaruh kepercayaan dan yakin terhadap puak UMNO yang kendalikan LUHT ini, kali ini saya sarankan serta ingin memberi sedikit perangsang dan semangat pada kamu semua, seeloknya janganlah keluarkan duit kamu lagi dan kalau boleh tambah lagi manalah tahu kalau-kalau dalam sedikit masa lagi kamu berpeluang untuk mendapat 'pahala sedekah'. Sekurang-kurangnya kamu dapat jua beramal dan membantu orang yang hampir bankrap dan susah lagi dari kamu kerana susah susah kamu, kamu boleh juga menyimpan tetapi susah puak UMNO harap jadah tu hutang mereka berbilion-bilion. Bukankah baik niat kamu itu? Boleh juga mereka bayar hutang atau cover-up bisnes. Kalau mereka ini berjaya dalam bisnes dan mendapat untung free, tahun depan tidaklah kamu dapat dividen 3.25% lagi tapi mungkin bertambah ke 2.2% , bukan kah menguntungkan? Macam peribahasa dalam Radio Era tu: Air tenang jangan sangka tiada buaya. Maksudnya: Puak tu baik cuma makan @ songlap banyak kali sahaja!. Terimalah nasihat saya ini seadanya. Terima kasih untuk saya.

-- LOCOS 11.

....................
Artikal terakhir Sdr Locos11 sebelum ini, di laman ini ialah 20 Mac 2001 dan beliau menulis 6 artikal semuanya







______________________
Terbitan : 21 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com