Saudara Pengarang
Saya tergerak untuk menghurai sedikit tentang isu bersangkutan melayu Malaysia. Saperti kata saudara dari Singapura berkenaan meritokrasi disana dan melayu diMalaysia yang kononnya di manjakan oleh kerajaan dengan pelbagai bantuan dan subsidi hanyalah untuk mengaboikan masyarakat dunia yang kerajaan kononnya perihatin terhadap kaum melayu.
Tapi sabenarnya dan hakikatnya ialah ia sangatlah melesit kerana hanya orang orang yang bersangkut dengan parti umno, kroni, saudara dengan menteri menteri , penjawat penting dalam kerajaan, pembodek parti umno, sanak saudara umno dan yang sewaktu dengannya sahaja yang berpeluang untuk menikmati segala kemudahan dan bantuan. Jika tidak ada sangkut lebihlagi jika pembangkang maka hanyutlah apaapa yang di harapkan atau yang diminta.
Perlu diingat berapa banyak penggangur yang berkelulusan tapi kerana tidak ada 'connection' dengan umno atau orang orang mereka maka menggangurlah mereka melainkan kalau dapat masuk kedalam syarikat swasta { itupun bukan milik kroni umno}. Bantuan biasiswa juga serupa , yang betul betul berharap dan patut dapat dikuak ketepi sebaliknya anak anak dato , anak anak arang kuat umno sahaja yang dapat baik bantuan didalam negeri atau diluar negara.
Tidakkah pelik yang mampu diberi bantuan dan yang tidak mampu dianaktirikan. Jangan lah kata melayu Malaysia senang mendapat segalanya tapi sebenarnya selidiklah statistik dan kita akan tahu siapa yang mendapat segala kemudahan . Janganlah percaya segala media Malaysia yang menjadi 'barua' umno yang hanya melaporkan segala kebaikan kerajaan menolong melayu konon tapi melayu manakah itu ?
Saya harap Saudara dari Temasik menyiasat dahulu sabelum membuat tuduhan kononnya melayu melaysia dimanjakan dengan segala kemudahan dan bantuan. Ingin saya tanya satu saja soalan ! Adakah anak melayu Singapura berjawatan penting dalam tentera Singapura ? demi meritokrasi sepatutnya ada dan mengapakah jawatan penting peringkat menteri hanya di beri kepada melayu Singapura bersangkutan kebajikan dan kebudayaan ?
Kami melayu diMalaysia tersiksa dengan masaalah kroni umno dan harap saudara faham.
Md. Noor Md. Taib
P.Pinang
24Mac'02
______________________
Terbitan : 25 Mac 2002
Ke atas
Home