1. Mohd Khir bin Sulaiman,
Kampung Tanjung Pari, Siong, 28 tahun; beliau ditembak di leher tidak dapat menelan makanan. Tangannya tidak dapat diangkat kerana patah. Beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.
2. Rusli bin Abdul Rahman,
Siong, Baling, 17 tahun; ditembak di perut lima butir peluru dan dibedah.
3. Azizan bin Rauf,
Kampung Charok Puteh 37 tahun. Beliau cedera ditembak dan terkena enam peluru di perut dan terpaksa dibedah. Sekarang beliau tidak boleh bekerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak.
4. Haji Abdul Rahman bin Jusoh,
Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.
5. Hambali bin Ismail,
Kampung Charok Puteh, 55 tahun; ditembak di betis. Beliau adalah Abang ipar As-Syahid Ibrahim Libya. Beliau Mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.
6. Ahmad bin Kadir,
Mukim Siong, Baling Kedah, 45 tahun; ditembak di paha dan tidak dapat bekerja.
7. Zainol Abidin bin Mad Daud,
Kampung Becah Sawa, Siong, 25 tahun; ditembak di kaki.
8. Abdullah bin Che Soh,
Kampung Becah, Siong, 40 tahun; ditembusi lapan butir peluru. Kedua-dua tangannya tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.
9. Mat Piah bin Yunus,
Tanjung Pari Siong, 40 tahun; cedera di sebelah tangan kanan, lumpuh ditembusi 15 butir peluru. Mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak.
10. Harun bin Mat Isa,
Padang Geh, Kuala Ketil, 40 tahun, guru agama; cedera dengan sebelah tangan kanan lumpuh; ditembak di bahu.
11. Hassan Abdullah,
Tanjung Pari, Mukim Siong, 33 tahun; ditembak di dada, di kaki. Beliau dipijak dan dipusingkan kedua belah kakinya ... tercabut tulang paha dan pinggangnya patah. Dia lumpuh sehingga sekarang. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak.
12. Azmi Jusoh,
Kampung Becah, Siong, 45 tahun; ditembak di paha. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.
13. Rosli Osman,
Kampung Carok Puteh, 15 tahun; ditembak di belakang dan mengalami kesesakan nafas sehingga sekarang.
........................
Sumber: Laman © PAS Pusat, 1998. Suntingan dan persembahan © GU, 1999.
______________________
Terbitan : 18 Mac 2002
Ke atas
Home