by Pacar Merah
Apakah 'keuntungan politik' yang diperolehi oleh UMNO/parti pemerintah apabila RTM membesar-besarkan dan menyiarkan berita Peristiwa Memali berulang-ulang '?
Nampaknya tidak pasti dan mungkin juga tidak ada.
Sebahagian rakyat, mungkin sebahagian besar, saya rasa tidak mempercayai 'versi RTM' yang disunting begitu rupa. Mereka mungkin lebih mempercayai 'versi PAS' yang tersiar dalam Harakah.
Pihak PAS sebagai pihak yang diserang oleh kerajaan melalui penyiaran Peristiwa Memali itu telah menyerang balas dengan mengulangi ;pendiriannya selama ini bahawa Ibrahim Libya adalah mati sahid,
dan fatwa Haji Hadi adalah betul.
Pendirian PAS ini memang bertentangan dengan 'fatwa rasmi'. Tapi sebahagian besar orang Melayu/Islam did negeri ini, yang selama ini merupakan penyokong PAS tentu menyokong 'fatwa tak rsami' Tok Guru mereka
Sekarang Majlis Fatwa terpaksa masuk campur dengan mengulang dan menegaskan balik 'fatwa rasmi' bahawa Ibrahim adalah 'mati biasa' -- bukan 'mati sahid'.
Akan tetapii, Majlis Fatwa adalah sebahagian daripada aparatus (alat) pemerintah, dan biasanya berfungsi untuk memberi 'legitimasi' kepada dasar dan tindakan kerajaan.
Oleh itu, kewibawaan Majlis Fatwa mungkin 'tidak diiktiraf' oleh penyokong PAS dan orang-orang di luar UMNO.
Lanjutan dari itu, kenyataan Majlis Fatwa juga mungkin tidak berkesan untuk mengubah persepsi dan pendirian sebahagian besar rakyat negara ini bahawa Ibrahim Libya adalah mati sahid dan perjuangan beliau dan para pengikutnya adalah 'jihad"!
Alangkah malangnya tindakan RTM membesar-besarkan Peristiwa Memali dan Fatwa Hadi Hadi yang sudah lama berlalu dan hampir dilupakan itu!
.....................................
Petikan dalam forum UMNO
............................................
Terbitan : 13 Mac 2002
Ke atas
Home