BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Report Kedua BPR Putrajaya Terhadap Khir Sabitkan Kesalahan Rasuahnya, dan Cuba Siasat Iklan 2 Muka Penuh Khir dalam Utusan Meloya

Oleh PAK TEH

Saya minta sdr pengarang tolong sahkan, atau dapatkan maklumat lanjut mengenai berita yang saya dapat ini, mengenai dakwaan rasuah dan salahguna kuasa Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

1. Laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap aduan pertama Ahmad Lutfi Othman telahpun disiapkan, dan telah dihantar kepada Perdana Menteri. Dr Mahathir mendapat laporan itu sebelum ke Antartika lagi.

2. BPR mempercayai ada alasan yang kuat untuk mendakwa Khir ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

3. Laporan siasatan rasuah Khir sebenarnya telah disiapkan oleh BPR Putrajaya apabila laporan awal yang disiapkan oleh BPR Shah Alam, di bawah Penguasa Kanan Azni Yahaya dan Pengarah BPR Selangor, Puan Azni Hamzah ditolak oleh Pengarah Siasatan BPR Pusat. BPR selangor seperti mahu mempertahankan Khir.

4. Dan baru-baru ini satu lagi laporan kedua penyiasatan telahpun siap, dan terbukti ada kes lain yang Khir boleh disabitkan.

Maklumat yang saya dapat ini diperolehi daripada pimpinan kanan Pemuda Umno Malaysia sendiri, yang amat dekat dengan Hishamudin Hussein Onn.

Dan lagi satu, saya minta disiasat bagaimana Khir boleh menggunakan kedudukannya sebagai MB Selangor dan wang rakyat Selangor untuk membeli iklan dua muka penuh dalam Utusan Malaysia (hari ini, 16 Mac, sudah kali ketiga Khir berbuat demikian) bagi menjawab segala tohmahan kepadanya, terutama berkaitan pengagihan tanah di Selangor.

Dalam iklan dua muka penuh warna-warni itu, dicari lapan orang penduduk kampung berdekatan ataupun di kawasan DUN Khir, iaitu Sungai Panjang, yang mendapat geran tanah daripada kerajaan negeri. Maka memuja-mujilah mereka terhadap Khir Toyo.

Bagi saya, ini semua untuk menutup segala amalan buruk Khir mengagihkan tanah bernilai mahal di Bukit Cherakah, Shah Alam dan Kuala Langat, yang diberikan kepada kroni dan kenalan rapatnya, termasuk budak-budak berumur 20 tahun (salah seorang darinya adalah anak Pegawai Daerah Kuala Langat, yang mana DO itu baru-baru ini telah memilih untuk bersara awal kerana tekanan isu anaknya dapat tanah itu).

Sepatutnya Khir menggunakan duitnya yang banyak itu untuk menangkis segala serangan dan dakwaan kepadanya, bukannya mengunakan wang rakyat Selangor untuk membeli iklan yang mahal itu. Saya rasa MB di negeri lain ketawa besar melihatkan bagaimana Khir seperti terkapai kelemasan (istilah Hassan Ali) dengan tuduhan rasuah kepadanya. Sedangkan soal kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah kepada orang kampung, dalam keluasan maksimum 1 ekar seorang, di kawasan yang telahpun didiaminya sejak sekian lama bukannya satu perkara yang perlu dibesar-besarkan.

Ya, kalau tak ada angin bertiup, masakan daun bergoyang!







............................................
Terbitan : 17 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com