BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Penangguhan Kes Rayuan Dato'Seri Anwar Ibrahim Mendedahkan Kepada Siapa polis Sebenarnya

Sejak bila di negara kita berlakunya letupan bom ? Sepanjang ingatan saya , dakwaan ada bom di sana-sini hanya dibuat oleh pemanggil-pemanggil yang nakal. Hari ini kes rayuan Dato'Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan lagi kerana 'kununnya' ada bom diletakkan dikawasan mahkamah. Dalam akhbar The Sun ( saya tak baca akhbar Melayu kerana akhbar -akhbar ini untuk orang umno dan orang-orang yang tidak boleh berfikir ) disiarkan seorang lelaki india membawa beg besar yang 'kununnya' ada bom dengan diiringin oleh ----- - ----- mahathir dan dollah Badawi. Jelas ianya hanya lakunan belaka kerana si india ini bawa beg dalam keadaan senyum. Agaknya bom yang dibawanya itu kalau meletup bunyinya macam KENTUT aja ! Tak mencedera jauh sekali membunuh. Itu sebab si india ini tidak cemas.

Dalam tulisan saya sebelum ini telah saya katakan negara kita negara polis. Dalam kes perbicaraan mereka juga penentu sama ada boleh dijalankan atau sebaliknya. Teringat saya beberapa hari yang sudah bagaimana RTM menayangkan dokumentari mengenai polis Malaysia . WAH ! Ampu habis. Bagi saya ini menandakan tahap kewibaan polis ditahap yang paling rendah di kaca mata masyarakat. Maka sebab itu RTM digunakan untuk memulihkan semangat orang-orang polis. Pujilah setinggi gunung sekalipun,tetapi rakyat tahu siapa mereka.Pujian daripada RTM tidak akan merubah tanggapan masyarakat terhadap polis. Bagi saya mereka yang menjadi polis adalah orang-orang yang malang.

Berbalik kepada kes rayuan Dato'Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang beriman kepada ALLAH kita yakin kebenaran akan memihak kepada orang yang teraniaya. mahathir bisa saja merancang. polisnya boleh sahaja merangka berbagai plan. Namun yang menentukan segala-galanya ialah ALLAH jua. Oleh kerana kita jangan berhiba hati menghadapi puak-puak yang tidak berhati perut ini.

Panah Sakti







______________________
Terbitan : 27 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com