INFOMEDIA PAS
KAWASAN AMPANG JAYA
MARKAZ PAS CAWANGAN CHERAS INDAH DI KEPUNG POLIS : SATU USAHA SUPAYA
MASYARAKAT TAKUT UNTUK MENGHADIRI PROGRAM PAS
Setelah dua program PAS mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat di
Ampang Jaya maka akhirnya usaha-usaha telah dijalankan untuk memastikan
orang ramai tidak lagi menghadiri program-program PAS.
Pada 11 Mac 2002, perasmian Dewan Ar-Ridhuan di Markaz PAS Kawasan
Ampang
Jaya, Taman Dagang Jaya oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Dr. Hassan Ali
telah mendapat sambutan yang hebat sehingga dewan yang dirasmikan itu
penuh
sesak.
Pada 26 Mac 2002, Majlis Makan Malam Bersama Dato’ Harun Din di dewan
yang
sama telah didatangi oleh begitu ramai sehingga makanan yang disediakan
adalah tidak mencukupi.
Maka memandangkan sokongan terhadap PAS yang begitu meningkat maka
terdapat
pihak yang telah merancang sesuatu untuk memastikan program-program PAS
tidak lagi dihadiri oleh masyarakat.
Ini tidak menghairankan memandangkan program-program UMNO dan Barisan
Nasional di Ampang Jaya kurang mendapat sambutan masyarakat umum. Malah
terdapat program yang dihadiri oleh ADUN UMNO telah diboikot oleh
masyarakat.
Kami telah mendapat laporan bahawa kehadiran bagi mesyuarat agung PIBG
bagi
sebuah sekolah di DUN Pandan telah berkurangan sebanyak 50% berbanding
dengan tahun lepas apabila ianya telah dirasmikan oleh seorang ADUN
UMNO
pada tahun ini.
Oleh itu kami tidak terkejut apabila sebuah ceramah agama oleh YB Ustaz
Basir Rahmat, Ahli Parlimen Parit anjuran PAS Cawangan Cheras Indah di
markaz mereka pada 27 Mac 2002 telah dihadiri oleh lebih-kurang 80
orang
anggota polis.
Pihak polis telah menutup jalan masuk ke markaz tersebut dan mereka
telah
juga mengawal di sekeliling kawasan markaz seolah-olahnya telah berlaku
satu
rusuhan atau rompakan.
Pihak kami kesal di atas tindakan polis itu kerana program tersebut
telah
dijalankan di dalam markaz yang tertutup. Apakah logiknya kawalan dan
sekatan yang dilakukan kerana ceramah tersebut telah berjalan dengan
aman
dan telah dihadiri oleh hanya lebih-kurang 50 orang ? Pihak polis tidak
perlu hadir kerana tidak berlaku sebarang keadaan menurut Seksyen 27A
Akta
Polis ( 1967 ) yang membolehkan ceramah itu diberhentikan.
Juga kami telah mendapat laporan bahawa terdapat anggota polis yang
telah
melakukan pembohongan dengan memberitahu mereka yang hendak hadir
bahawa
tidak ada ceramah dianjurkan pada malam itu.
Maka dengan itu tidaklah hairan apabila ramai telah berkata operasi
polis
pada malam tersebut adalah untuk menakut-nakutkan orang supaya tidak
menghadiri program PAS. Atau dengan lain perkataan untuk membantu UMNO
yang
sedang kelemasan di Ampang Jaya.
HAJI SAROM HAJI JAIS
YANG DI PERTUA PAS
KAWASAN AMPANG JAYA
14 MUHARRAM 1423 / 27 MAC 2002
________________________________________________
No. 47A, Jalan Dagang 8, Taman Dagang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Darul
Ehsan. Tel / Fax : 03-42934371
______________________
Terbitan : 30 Mac 2002
Ke atas
Home