Assalammualaikum,
DPPK Segamat mengucapkan SELAMAT BERJUANG terhadap kesemua mangsa
tahanan yang dilakukan diluar prinsip demokrasi berparlimen negara
ini.
Meskipun pihak Polis mempunyai 1001 macam alasan untuk menggagalkan
majlis yang diadakan didalam kawasan PASTI Taman Senai Utama
tempohari, namun kewarasan dan pertimbangan yang wajar seharusnya
diberikan khusus untuk menampakkan bahawa Malaysia adalah sebuah
negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. Tenaga dan masa
pasukan polis amat berharga itu seharusnya digunakan untuk
membenteras jenayah, maksiat dan pelbagai lagi perilaku- perilaku
yang menyalahi undang-undang dan agama yang berleluasa sejak akhir-
akhir ini.
Tindakan polis terhadap PAS sebenarnya, menyingkap bahawa ianya
adalah merupakan desakan-desakan politik dari mereka-mereka yang
tersepit dek kerana masyarakat mulai meluat dan membenci tindakan-
tindakan yang membelakangkan hasrat dan tuntutan rakyat.
Maka tindakan sedemikian diharapkan dapat menjauhkan masyarakat dari
PAS.
Syabas!!! dengan tindakan polis ini akan membuatkan lebih ramai lagi
masyarakat di negara ini memilih PAS, dan kerajaan yang ada ini akan
bertukar dalam pilihanraya akan datang, InsyaAllah.
Oleh itu seluruh ahli DPPK Segamat memanjatkan doa memohon Allah
memberikan kekuatan dan ketabahan terhadap mangsa tahanan serta
keluarga mereka.
SU dppksegamat
25/3/2002
______________________
Terbitan : 31 Mac 2002
Ke atas
Home