BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

PINDA AKTA PILIHANRAYA : BN SEKAT PROSES DEMOKRASI

KENYATAAN MEDIA (25 MAC 2002)

PINDA AKTA PILIHANRAYA : BN SEKAT PROSES DEMOKRASI

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius usaha terbaru Kerajaan BN menyekat hak asasi rakyat dan menyempitkan proses demokrasi dengan meminda Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2002) dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini. DPP Pusat melihat tindakan BN meninggikan wang pertaruhan dan menghalang daftar pemilih daripada di bawa kemahkamah sebagai satu usaha untuk menyekat kebebasan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Dalam kata lain, BN menyalahgunakan kesempatan ini untuk menguatkan lagi cengkaman dan kerakusan mereka ke atas rakyat ketika popularity mereka mulai merosot.

DPP Pusat membantah keras tindakan menaikkan wang pertaruhan untuk calon Parlimen daripada RM5,000 kepada RM20,000 atas alas an untuk menyekat mereka yang tidak bertanggungjawab daripada bertanding. Ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan semua rakyat negara ini yang cukup syarat untuk bertanding mewakili mana-mana parti ataupun sebagai calon bebas. Dengan sekatan seperti ini, bermakna calon daripada parti-parti kecil dan calon bebas akan hilang hak mereka untuk dipilih dalam pilihan raya. Calon-calon yang bertanding ini adalah daripada rakyat yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang masa depan negara. Kalaupun untuk menyekat orang yang tidak bertanggungjawab bertanding, maka calon BN yang yang paling tidak layak kerana mereka terbukti tidak bertanggungjawab kerana gagal menghadiri sidang Parlimen, tidak mempertahankan institusi yang ditubuhkan oleh Parlimen, bahkan mencabul pelbagai undang-undang negara.

DPP Pusat juga membantah tindakan BN menjadikan daftar pemilih sebagai mutlak dan tidak boleh dicabar di mahkamah setelah ia diwartakan. Adakah ini satu strategi BN untuk menghalalkan undi hantu setelah beberapa kali BN terperangkap dengan undi hantu mereka sendiri seperti yang berlaku di Likas. Adalah tidak wajar untuk menghalang rakyat mendapat keadilan melalui mahkamah sedang terbukti sebelum ini beberapa kes yang menunjukkan mahkamah mengesahkan wujudnya undi hantu. Mungkin selama ini BN sangat bergantung dengan undi hantu, maka melalui pindaan ini akan memberi peluang mereka untuk bertindak lebih rakus lagi dalam pilihan raya. Dalam keadaan tidak terdesakpun BN menggunakan undi hantu, apatah lagi dalam keadaan seperti hari ini, maka BN akan memperalatkan pindaan ini untuk membolehkan merepa memanipulasikan sepenuhnya daftar pemilih untuk kepentingan BN.

DPP Pusat mendesak Kerajaan BN supaya membatalkan hasrat untuk meminda akta tersebut kerana ia bercanggah dengan prinsip Perlembagaan dan menafikan kebebasan rakyat. DPP Pusat juga menyeru seluruh ahli Parlimen supaya bertindak wajar dengan menolak akta ini yang secara jelas menyempitkan proses demokrasi di negara ini. Adalah amat tidak wajar setelah pihak polis diperalatkan, ceramah politik disekat, kebebasan media dihalang, media mainstream diperkudakan dan jentera kerajaan disalahgunakan, kini Akta Kesalahan Pilihanraya pula dipergunakan untuk menutup segala ruang demokrasi di negara ini. Tetapi BN mesti ingat bahawa dengan menutup ruang-ruang demokrasi ini, tidak bermakna rakyat akan terus tunduk kepada BN bahkan rakyat sedang menunggu saat dan ketika untuk menjahanamkan BN.

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat







______________________
Terbitan : 31 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com