Sekadar ingatan buat muda belia Islam kini

saudara/i yang dihormati.

kalau kita renungkan sejenak tentang pelbagai isu yang ada sekarang ini, tak kira la yang dimainkan oleh pihak yang memerintah sekarang, pihak pembangkang mahupun yang duduk atas pagar, sebenarnya kesemuanya itu merupakan iktibar dan pengajaran bagi kita semua yang muda-muda kini. dalam kita menghargai sumbangan dan peranan 3 golongan yang disebutkan tadi, dalam masa yang sama juga seharusnya menerima kelemahan masing-masing dengan hati yang terbuka.

ingin kita ingatkan sekali lagi, bahawa kita orang muda ini bakal mewarisi kepimpinan negara ini. jadi, seharusnya kita persiapkan diri menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang nanti.

langkah pertama yang perlu diambil, kita kembali kepada ajaran Islam yang hak, bukannya sekadar ambil yang separuh, buang yang separuh. hubungan dengan Allah pun jangan biarkan terabai, walaupun sesibuk mana kita pun. adakalanya kita mudah meremehkan ajaran Islam yang kita pelajari selama ini. maka, tak hairanlah kalau perjuangan yang kita anggap suci murni itu boleh jadi sia-sia ataupun pincang.

langkah kedua pula, didiklah diri kita supaya berlapang dada memberi serta menerima pendapat. adakalanya sebagai manusia tak dinafikan bahawa kita mudah emosional dalam memberi dan menerima pendapat itu. kalau kita dihadapkan dengan pendapat atau kenyataan yang mungkin tak selari dengan fahaman atau kepercayaan kita itu, pertahankanlah atau berhujahlah dengan hikmah dan penuh kesabaran.

langkah ketiga pula, walau apa pun kepercayaan atau fahaman kita itu, janganlah dilupakan tentang peranan kita yang sepatutnya. misalnya, kalau pelajar, janganlah sampai dek selalu melibatkan diri dalam apa-apa program luar belajar itu, terponteng kuliah, ataupun homework atau report yang sepatutnya kita buat itu, terbengkalai ataupun tertangguh. kalau yg berkerja pula, janganlah sampai kerja yang diamanahkan itu dikhianati, sengaja atau tak sengaja, tak pun tertangguh.

kalau ikut secara realitinya, kebanyakan isu sekarang ini pun merupakan antara mainan politik yang realitinya terpaksa kita terima. mungkin mudah untuk kita berkata-kata tentangnya, tapi tindakannya agak payah kita nak buat. satu hari nanti pun, kalau yang sememangnya kita nak masuk politik pun, terpaksa juga menghadapi sepak terajang dan mainan politik yang mungkin lebih teruk daripada apa yang kita sangkakan, tak kiralah mana-mana pihak pun.

buat akhir kata, dalam kita menghadapi pelbagai perbezaan kini dan selamanya, janganlah kita lupa akan pentingnya menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama makhluk, tak kiralah sesama muslim ataupun yang belum muslim. janganlah perjuangan yang kita yakini suci murni itu jadi sia-sia disebabkan sikap negatif kita yang boleh menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat.

semoga Allah memberi hidayah serta kekuatan kepada kita untuk mengamalkan ad-Deen yang kita anuti ini serta menghadapi pelbagai cabaran hidup ini.

oleh: peace of mind
(Mohd Hafiz bin Din)





............................................
Terbitan : 16 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com