oleh litmohd@pena jihad
Pengumuman rasmi kehilangan wang Tabung Haji sebanyak RM200 juta oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato'Dr.Abdul Hamid Zainal Abidin melalui TV1 telah memeranjatkan rakyat jelata yang sudah pun terperanjat dengan kehilangan hampir sepuluh juta sebelum ini.
Atau adakah rakyat sudah tak terperanjat lagi kerana sudah lali dengan tragedi kehilangan wang seperti itu atau rakyat memang sudah jadi 'Melayu Sudah Lupa', ciptaan Dr.Mahathir dan Umno.
Dengan pengumuman atau pengishytiharan tersebut, maka menambah lagilah kelayakan menteri tersebut mendapat gelaran 'khas' iaitu 'ba.......' yang diberikan oleh Tuan Guru Menteri Besar Kelantan baru-baru ini kerana beliau nampaknya langsung tak malu membuat pengumuman tersebut kepada rakyat. Kita katakan dia tidak malu kerana kalau pemimpin yang bermaruah seperti peimimpin Jepun atau China selepas membuat pengumuman itu dia terus meletakkan jawatan.
Kemudian yang seorang lagi tu, nama pun sama, cuma bin lain, lagi teruk. Beliau yang jadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri minta rakyat jangan risau, dan hendaklah terus percaya dan yakin dengan Tabung Haji dan serah pada kerajaan (maksudnya sokong kerajaan) menyelesaikannnya dengan memberi alasan retoriknya.......Tabung Haji adalah tabungan terbesar di Malaysia dan dunia, mempunyai pegawai yang profesional dan bertanggung-jawab. Hai....pelik bin ajaib, kalau bertanggung-jawab dan profesional macam mana boleh hilang 200 juta!
Itulah dikatakan Hamid Othman ni lagi teruk, sebab dalam keadaaan kerajaan teruk macam tu yang melibatkan kehilangan wang rakyat ratusan juta yang diamanahkan, dia dok minta rakyat sokong kerajaan lagi dengan cakap retorik tersebut.
Tapi apa boleh buat......Melayu sudah lupa. Melayu dah tak boleh fikir benda-benda ni lagi! Kerana Melayu diperintah oleh Umno!
Jadi itulah, dikatakan puak-puak ni memang tak malu. Sebab apa mereka tak malu? Sebab mereka sudah jadi penjilat. Bayangkanlah, penjilat............mana nak malu! Demi membodek bos mereka yang memberi mereka pangkat, kedudukan, kekayaan dan kemewahan, mereka telah lupa .........
Berkenaan kes kehilangan wang Tabung Haji ini, penulis amat bersetuju dengan pandangan pakar ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob yang penuh hemah dan berani menyatakan bahawa punca kehilangan wang Tabung Haji adalah kerana urusan perniagaannya tidak mengikut syariat Islam. Maka inilah bala' yang ditimpakan oleh Allah s.w.t. ke atas mereka. Penjelasan lanjut baca tulisan Dr.Rosli Yaakob dalam Harakahdaily.
Walau apa pun, BPR hendaklah segera menyiasat kes ini, dari peringkat bawahan sampai atas sekali. Ini 200 juta, bukan 20 ribu atau 200 ribu. Takkan nak siasat pegawai-pegawai sahaja. Nak lulus pelaburan beratus juta, mesti dia punya kepala besar dia yang terlibat (atau kepala atas kepala ??? ...... atau kepala bapak dia ka ??). Dia kata dah dapat balik 120 juta. Betul ke? Mudah sangat dapat. Berniaga apa ni...........?
______________________
Terbitan : 21 Mac 2002
Ke atas
Home