BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Umno Tanjung Karang dibawah pimpinan Dr Khir Toyo memang anti Ulama'

Umno Bahagian Tanjung Karang dibawah pimpinan Dr Khir Toyo memang anti Ulama'. Beberapa siri ucapan menghina dan menghapuskan Ulama' TELAH diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Tanjung Karang.

1. Bekas Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Dato' Mohd Aini Taib, yang tewas di tangan Dato' Dr Hassan Ali di DUN Sungai Burung dalam pilihanraya Umum yang lalu, menyatakan bahawa Ulama' harus dihapuskan di Malaysia. Kenyataan ini diucapkan oleh Dato' Aini sewaktu merasmikan Mesyuarat Umno di salah satu Cawangan di Sungai Burung pada Februari 2002.

2. Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, pernah mengatakan bahawa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah Pendeta Yahudi dan Nasrani. Kenyataan ini tersiar dalam Berita Harian bertarikh 9/2/2002.

3. Pada 10 Mac 2002, ketika merasmikan Mesyuarat penubuhan Umno di Sungai Dorani, Dr Khir Toyo, Noh Omar dan Dato' Syukur yang merupakan pemimpin-pemimpin Umno Tanjung Karang telah mengedarkan risalah anti Ulama' yang berbunyi "UMNO PENYELAMAT BANGSA, ULAMA' PENGKHIANAT NEGARA"

Perdana V6







______________________
Terbitan : 31 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com