Sedutan ucapan Sultan kedah semasa merasmi mahkamah Langkawi.Pada 27/3/2002. Turut hadir di majlis tersebut Timb.Menteri Tengku (palsu) Adnan, Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Ketua Hakim Malaya, Peguam Negara.
1. Tuanku memohon semua hakim membuat keputusan dengan adil dan saksama serta bertanggungjawap dengan keputusanya. Supaya keadilan yang hakiki dapat ditegakkan.
2. Tuanku juga menyarankan semua hakim bertindak dengan sebaik mungkin dengan tidak terpengaruh dengan kepentingan peribadi atau politik.
3. Tuanku juga bertitah semoga semua hakim di Malaysia bertanggung jawap dan melindungi orang yang dihakiminya agar tidak terinaya akibat kepentingan peribadi hakim atau orang-orang yang berkepentingan.
4. Tuanku juga bertitah, semua hakim-hakim di Malaysia dapat melaksanakan tanggung-jawap dengan adil serta menegakkan undang-undang berlandaskan perlembagaan negara serta berpandukan kepentingan awam serta undang-undang negara.
PSARAFHQ.
______________________
Terbitan : 29 Mac 2002
Ke atas
Home