KENYATAAN MEDIA
RESOLUSI DAN KENYATAAN BERSAMA IJTIMA' KHAS
PUM DAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
SERTA INDIVIDU-INDIVIDU PRIHATIN
3 MUHARRAM 1423 / 17 MAC 2002
Persatuan Ulama Malaysia (PUM), NGO-NGO Islam dan individu-individu
prihatin yang menyertai Ijtima` Khas yang diadakan pada 3 Muharram
1423 bersamaan 17 Mac 2002 mengalu-alukan kehadiran tahun baru Hijrah
1423 dengan penuh harapan agar umat Islam seluruhnya dalam tahun
baru ini dapat meningkatkan lagi komitmen dan penghayatan mereka
kepada nilai dan ajaran Islam dalam segenap bidang hidup untuk
membentuk masa hadapan yang lebih sejahtera, berpadu dan harmoni
serta masyarakat dan negara yang diredhai Allah S.W.T
Kita menyedari bahawa era yang dihadapi oleh umat Islam kini lebih
getir dan mencabar. Islam telah diletakkan dalam kandang orang yang
bersalah. Umat Islam umumnya dikaitkan secara rambang dengan gejala
apa yang disebut terrorisme antarabangsa. Gerakan pembebasan negara
mereka, gerakan kebangkitan Islam dan pertubuhan-pertubuhan
kebajikan, bantuan kemanusiaan dan sukarela dengan mudah dituduh
sebagai pembiaya dan berkait dengan anasir terrorisme. Undang-undang
Darurat, undang-undang sivil dan Mahkamah Tentera terus diguna atas
nama menangani terrorisme untuk menangkap, menghukum tanpa bukti
yang sah serta menghapuskan kebebasan dan individu muslim. Umat
Islam menjadi sasaran prasangka kumpulan perisik negara-negara kuasa
besar dan Israel. Hak asasi orang Islam dan kebebasan mengamalkan
ajaran Islam semakin terhakis dan dinafikan di negara-negara
berkenaan.
Kempen Media Massa Barat yang dikuasai oleh Negara-Negara kuasa
Besar, Israel dan lain-lain terus memburuk-burukkan Islam, pendidikan
Islam, al-Quran dan al Sunnah dengan menuduh orang Islam sebagai
punca dan penjana permusuhan, pencetus terrorisme. Media barat dan
kuasa besar Barat enggan memperakui wujudnya penindasan, penjajahan,
kezaliman politik antarabangsa, kemiskinan, dan sebagainya yang
sedang dialami oleh umat Islam sendiri.
• Penulisan berita dan makalah yang menghina Islam serta asas-
asas dan sumber ajarannya yang suci menjadi trend yang lumrah di
Barat dan di negara-negara umat Islam yang sekular. Wujudnya
pandangan yang berbeda di kalangan ulama' sering menjadi alasan untuk
media dan penulis-penulis yang berorientasi Barat mencaci dan mengeji
Institusi Fatwa, Ulama malah kesucian martabat Rasul, al-Quran, al-
Sunnah dan Kitab-Kitab Tafsir karangan Ulama silam. Kepakaran dalam
ilmu agama dipersoal dan sering dinafikan padahal ia adalah keperluan
untuk sesiapa sahaja yang ingin mendebat dan berhujah mengenai
ajaran-ajaran asas agama yang merupakan thawabit (tetap) atau
Qawathi' (pasti) dalam ajaran Islam itu sendiri.
• Menyedari besar dan seriusnya bahaya yang disebabkan oleh
trend media massa seperti ini maka Ijtima' Khas ini menyeru agar
pihak yang berautoriti dan berwewenang yang diberi mandat untuk
mempertahankan kesucian dan integriti ajaran Islam, baik Majlis Raja-
Raja mahupun pihak yang berkuasa Agama agar tampil menggunakan mandat
kuasa yang telah diberikan kepada mereka oleh perlembagaan dan undang-
undang yang berkaitan dengan agama Islam di negara ini agar
melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan menamatkan trend
penulisan, baik berita mahupun rencana, yang menjejaskan kewibawaan
asas-asas sumber agama dan golongan ilmuan agama.
• Ijtima' Khas ini menyeru agar pihak pengurusan dan pemilik
Media Massa Perdana dan Swasta agar mengamalkan polisi penyiaran
yang sihat, beriltizam dengan etika media massa yang adil, benar
serta bersikap professional serta menjaga integriti para wartawan
mereka. Media Massa tempatan perlu bangun bersama menangkis tuduhan
dan tohmahan media massa Barat, Israel dan lain-lain yang
memutarbelitkan berita mengenai umat Islam bila mereka menampilkan
agama Islam sebagai agama yang kolot, ganas, anti tamadun, anti
pembangunan dan anti demokrasi.
• Ijtima' Khas ini mengingatkan Pertubuhan Politik di negara
kita agar tidak menjadikan pertikaian politik antara parti sebagai
kesempatan untuk merongrong dan mencemar serta memburuk-burukkan
isi (substance) ajaran Islam dan institusi Ulama hanya kerana ingin
meraih kepentingan kepartaian mereka yang sempit dan sementara. Kami
berpendapat pembelaan dan perjuangan atas landasan Islam adalah suatu
kemestian dan kewajiban setiap orang muslim . Ia adalah suatu yang
murni dan luhur. Sesuatu yang diberi pahala dan ganjaran oleh Allah.
Ia bukan suatu kejahatan atau penyalahgunaan melainkan jika ada
bukti yang kukuh dan benar perbuatan seperti itu dilakukan. Dengan
yang demikian mengheretkan usaha PUM dan NGO Islam yang lain untuk
mempertahankan kesucian agama Islam ke dalam pertelingkahan parti-
parti politik di negara ini adalah suatu sikap yang sempit, dangkal
dan tidak jujur.
• Ijtima' Khas ini menegaskan bahawa memorandum yang diserahkan
kepada Majlis Raja-Raja Melayu oleh PUM dan NGO-NGO yang lain adalah
pengaduan yang sah menurut peruntukan perlembagaan dan undang-undang.
Ia tidak menafikan hak asasi orang lain. Ia bukan pencabulan terhadap
kebebasan berbeda pendapat atau bersuara, tetapi ia adalah tindakan
yang sah untuk mengawal tulisan yang mencaci dan mengeji serta
merendah-rendahkan sumber asas dan tokoh (figure) leluhur Islam. Ia
adalah tindakan untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari
campurtangan pihak yang tidak mempunyai kepakaran serta percubaan
menangani urusan dalaman agama yang merangkumi hal-hal yang thawabit
(tetap) serta qawathi` (pasti) dalam ajaran Islam. Tindakan ini juga
adalah untuk menghentikan pihak-pihak yang bertindak untuk
mempersenda-sendakan kewibawaan golongan yang pakar dalam bidang
agama.
Dengan ini kami merumuskan pendirian berikut:
1. Menggesa pihak yang berkuasa (Majlis Raja-Raja Melayu dan
agensi-agensi Islam) mengwujudkan suatu mekanisme khas bagi mengawal
dan mengawasi tulisan-tulisan yang bercanggah secara ketara dengan
asas dan kaedah perumusan hukum atau penafsiran hukum seperti yang
disepakati ulama mu'tabar yang silam dan semasa terutama yang
menyentuh perkara-perkara yang thawabit (tetap) dan Qawathi' (pasti)
atau jelas menghina dan mencerca institusi agama Islam . Mekanisme
khas ini adalah untuk mengelakkan sebarang usaha dari mana-mana
pihak mentafsir Islam atau sumber-sumber Islam mengikut sesuka hati
tanpa merujuk kepada kaedah yang sah dan benar atau menghina Islam
atau institusinya. Forum Khas ini haruslah sebuah forum yang bebas
dan bertanggungjawab langsung di bawah Majlis Raja-Raja Melayu.
2. Mendesak agar pihak akhbar dan wartawan supaya berhati-hati
dalam menulis dan menerbitkan tulisan-tulisan yang menghina agama
atau mengandungi fakta-fakta yang bercanggah dan palsu dengan fakta-
fakta Islam yang sebenar atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan
mengemukakan pendapat.
3. Mendesak agar pihak akhbar dan pihak media elektronik
mengutamakan tulisan-tulisan, rencana-rencana, dan program-progran
yang akan menyuburkan pembentukan insan yang seimbang dan memiliki
pandangan Islam yang benar .
4. Mendesak agar golongan intelektual dan sesiapa sahaja tidak
menyalahtafsirkan konsep kebebasan beragama sehingga menyamaratakan
pandangan-pamdangan peribadi yang rambang dan rawak serta
berkepentingan peribadi dengan pandangan-pandangan yang diasaskan
kepada prinsip-prinsip ilmu agama Islam yang benar lagi berautoriti.
5. Menyeru agar masyarakat bukan Islam di negara ini menghormati
kepercayaan dan hak mengamalkan ajaran Islam di kalangan umat Islam
di negara ini serta mereka perlu memahami isu-isu dalam agama Islam
berdasarkan perspektif agama Islam, bukannya daripada perspektif
agama-agama mereka atau ideologi semasa. Ijtima' Khas ini menggesa
agar apa-apa hukum syariah Islam yang sudah jelas tidak dicabar oleh
mana-mana pihak atas nama hak asasi manusia atau kebebsan bersuara.
6. Menyeru agar para ulama dan intelektual Islam sentiasa
berusaha ke arah penguasaan ilmu-ilmu semasa dengan seimbang dan
komprehensif sehingga dapat mewujudkan kerjasama dan penyelarasan
idea-idea dalam menentukan halatuju gerakan yang akan menguntungkan
semua masyarakat Islam dan rakyat Malaysia umumnya.
7. Mendesak agar para ulama dan intelektual Islam menubuhkan
sebuah badan perundingan bebas yang bersifat tetap sehingga mampu
menyatukan pandangan-pandangan mereka dalam menangani semua isu-isu
umat Islam.
8. Menyeru kepada semua NGO Islam sentiasa bekerjasama dalam
merangka dan menyelaraskan idea-idea bersama dalam usaha
memartabatkan kesyumulan Islam di negara ini.
9. Menyeru agar semua NGO Islam di Malaysia sentiasa mengadakan
hubungan dengan badan-badan atau gerakan-gerakan Islam serantau dan
antarabangsa dalam usaha bersiap-siaga menghadapi cabaran golongan
yang ingin menyeleweng kebenaran Islam dalam era globalisasi ini dan
kempen memerangi nilai dan gerakan Islam dengan alasan memerangi
terrorisme antarabangsa.
10. Menyeru agar semua umat Islam khususnya di Malaysia agar
sentiasa sensitif, pro-aktif dan kritis dalam menilai sesuatu
tulisan, rencana, pandangan yang terdapat dalam segenap lapangan
dunia penulisan.
11. Mengesa pihak kerajaan untuk tidak mengambil sikap pra
sangka buruk dan mengenakan tekanan yang tidak adil kepada sekolah-
sekolah agama dinegara ini . Sebarang tindakan yang boleh
membantutkan serta menyekat perkembangan pendidikan Islam semada
diperingkat pra-sekolah mahupun sekolah rendah dan menengah terutama
yang diusahakan oleh inisiatif rakyat sendiri akan akhirnya merugikan
masyarakat Islam umumnya. Oleh kerana itu langkah mengubal undang-
undang tertentu, mengenakan syarat-syarat pendaftaran yang
mengongkong , menyekat dan memberhentikan pembiayaan per kapita
sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat , membuat laporan yang tidak
benar dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap sekolah-
sekolah agama adalah tindakan tidak wajar dan perlu disemak semula.
Kami mengesa agar pihak kerajaan mengunakan pendekatan membantu dan
memulih bukan menekan dan mengambil alih demi menyuburkan pendidikan
Islam dengan sihat di negara ini dalam jangka panjang.
12. PUM dan NGO Islam bertekad menjadikan Ijtima' Khas ini
sebagai forum untuk menjadi wahana berfikir yang menghimpunkan antara
golongan ulama' dan cendekiawan muslim agar mereka dapat meningkatkan
kefahaman, kepakaran dan pengalaman masing-masing. Dengan itu,
pertembungan yang tidak perlu dalam bidang intelek, budaya dan agama
dapat dielakkan.
13. Menyedari bahawa fenomena pasca September 11, telah
menimbulkan minat yang luar biasa oleh umat Islam dan bukan Islam
terhadap agama Islam itu sendiri. Polemik mengenai Islam harus
ditangani dengan tindakan proaktif di kalangan ulama' dan intelektual
Islam. Seminar, simposium, wacana ilmiah, dialog di dalam rangka
memberi penjelasan mengenai agama Islam harus ditingkatkan di
kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.
14. Ijtima' Khas ini juga merayu kerajaan Malaysia agar
mengembalikan semula kepada alim-ulama dan warga yang prihatin akan
hak dan kebebasan bersuara, berdakwah, berceramah dan berhimpun
secara aman untuk menyampaikan mesej dakwah dan pendidikan di
kalangan orang ramai tanpa diganggu-gugat oleh pihak keselamatan dan
pihak tertentu yang bermuslihat.
Bahawa sesungguhnya Resolusi Ijtima' Khas ini telah diperakui dan
dipersetujui oleh senarai individu dan organisasi Islam berikut:
Hj. Abd. Ghani SamsudinM
Yang Dipertua
Persatuan Ulama' Malaysia
Sahibul Samahah Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak
Ustaz Uthman Muhammadi
Fellow Kanan IKIM
Ahmad Azzam Bin Abd Rahman
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia
Mohd Azmi Abd Hamid
Presiden TERAS
Dr. Zulfikar Ramli
Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Sheikh Abu Bakar Awang
Yang Dipertua
Persatuan Ulama' Kedah
Sheikh Mohd Noor Mansor Al-Hafiz
Pengerusi
Persatuan Ulama' Perak
Zamri Shafik
Pengerusi
Persatuan Ulama' Selangor
Hj. Abd Manan Abd Majid
Pengerusi
Persatuan Ulama' Johor
Shukri Mohamad
Pengerusi
Persatuan Ulama' Kelantan
Zainal Abidin Lebai Hasan
Pengerusi
Persatuan Ulama' Pahang
Hj Yassin Salleh
Pengerusi
Persatuan Ulama' Terengganu
Mohd. Arif Mohd Arshad
Presiden
Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Izwan Yusuf
Presiden
Majlis Persidangan Mahasiswa Islam (MPMI)
Mohd Fadzli Mohd Ramly
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar UIA
Abdullah Abd Karim
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar UKM
Hisomuddin Bakar
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar UM
Shafie Patt
Presiden
Persatuan Cina Muslim
Mohd Zaidi Aziz
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Hj Safwan Faty
Yang Dipertua
Jamiah Dakwah Selangor
Hj. Mokhtar Hj. Mohd Zin
Tim. YDP
Persatuan Bekas Pelajar Kolej Islam Malaya.
Syed Mohd Norhisyam Bin Tuan Padang
Presiden
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman
( PERMAYA )
Shahrul Anuar B. Mahmud
Pengerusi
Ikatan Pelajar Muslim Pulau Pinang (IKHWAN)
Amirul Nazri Samsudin
Pengerusi
Ikatan Remaja Murni (IRAMA)
Shahrizan bin Abdullah
Pengerusi
Kelab Angkatan Muda
Masadah Sajadi
Pengerusi
Badan Bertindak Wanita
Wan Saiful B. Wan Jan
Presiden
Hizbul Islami UK
Pawancheek Marican
Persatuan Peguam Muslim
Mohamad Shah
YARIM (Yayasan Rabiatul Islamiah)
Muhammad Idris
Institut Masyarakat Madani (IMAD)
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Presiden
Persatuan Graduan Syariah Malaysia
Roslan Mohd Noor
Presiden,
Sekretariat Pelajar PUM,
United Kingdom
Mohd Syukor Mohammad Jaya
Setiausaha
Ikatan Studi Islam UKM
Borhanudin Ahmad
Bekas Presiden
GAMIS
Wan Amiruddin Wan Omar
Pengerusi
Persatuan Alumni Multimedia Universiti (MMU)
Amiruddin Residin
Persatuan Peguam Kuala Lumpur
Hj. Badrie Huzaini m. Yusuf
Pengerusi
Nadwah Pahang
Hj. Mohamed Salleh Abu Bakar
Exco URUS
Ust. Daud Che' Ngah
Pendakwah bebas
Roslan Mohamed
Pensyarah
Akademi Islam Universiti Malaya
Ismail Omar
Pensyarah
KISDAR
Prof Madya Dr. Ghazali Abod
Pensyarah
UNITAR
Prof. Madya Us. Salleh Hj. Ahmad
Pakar Syariah
Puan Kamar Ainiah Kamaruzzaman
Peguam
Zulkifli Nordin
Peguam
Shukur Harun
Journalist
______________________
Terbitan : 23 Mac 2002
Ke atas
Home