BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

RAHSIA DI SEBALIK SIDANG PARLIMEN, TITAH DIRAJA, PROVOKASI DAN SEJARAH PRA KEMERDEKAAN

Oleh : Sirril Asrar

SIDANG PARLIMEN ANUGERAH KHAS PEMBANGKANG YANG TERPINGGIR DARI TONTONAN AWAM

Keistimewaan sidang parlimen

Memartabatkan status Yang DiPertuan Agung sebagai payung negara

Merangka dasar perundangan negara

Memaparkan status pemimpin politik dalam membela tanahair dan rakyat.

Memperlihatkan masalah negara sebenar yang dibangkitkan dan proses perbahasannya.

Memperlihatkan agenda dan motif parti-parti politik dan landasan yang dipilih

Membolehkan rakyat menilai kepimpinan yang sewajarnya memegangang tampuk pemerintahan negara.

Keuntungan Pihak Pembangkang hujah yang jelas dan method perjuangan yang perkasa

Kerugian Pihak Pembangkang lantaran kuasa 2/3 kerajaan dan persidangan yang tersembunyi dari tontonan dan penilaian awam

Medan parlimen menyaksikan pertarungan sengit diantara wakil kerajaan dan pembangkang dalam pelbagai isu yang dibahaskan,namun kewibawaan pembangkang yang disokong oleh rakyat tanpa bantuan dari undi hantu berjaya mematahkan serangan wakil kerajaan bahkan menyebabkan barisan kerajaan kucar-kacir lantaran tiada karisma dalam berpolitik apatah lagi membela kebenaran dan keadilan.

Kewibawaan pihak pembangkan yang sedikit dapat mengurangkang pelbagai rencana jahat yang cuba dibentang oleh kerjaan dalam pelbagai rang yang boleh menambahkan lagi keperitan hidup rakyat dan kestabilan negar tercinta.

Namun diingatkan kelebihan dua pertiga yang dimiliki oleh kerajaan dalam parlimen tidak dapat merosakkan langsung apa saja rang undang-undang yang ingi dipinda walaupun dibantah oleh rakyat lantaran wakil mereka yang menguasai dewan lebih suka mengangguk dari membahaskan rang ciptaan mereka.

Banyak perkara menarik yang perlu dipaparkan pada rakyat bagi melihat sendiri gaya persembahan pemimpin dalm berbahas yang boleh difikirkan apakah sesuai kerajaan rubberstamp ini terus memerintah?Bagaimana kehebatan pembangkang membela rakyat dalm keadaan merek yang tidak langsung dapat menyekat apsaja akta yang cuba diluluskan?Semuanya ini harus dipaparkan bukan saja dalam bentuk hansard semata tetapi juga dalam bentuk audio dan video.

Saya berharap agar lebih banyak pihak cuba mencari jalan mengusahakan sedaya mungkin apa saja yang berlaku dalm Parlimen divisualkan kalau tak pun digambarkan dalam bentuk yang lebih aggresif seperti majalah bermusim mengenai Persidangan Parlimen dengan grafik,ulasan,kritikan pandangan adegan lucu dan panas yang berlaku supaya rakyat dapat gambaran sebenar mengenai sikap atau kewibawaan berpidato pembangkang berbanding sikap yan tidak layak bagi seoran ahli parlimen dari wakil kerajaan yang cuba diselindungkan dari penglihatan rakyat.Sepatunya majalah bermusim ini sudah wujud sekarang dalam persidangan parlimen yang sedang bermula dan semakin hangat ini.

Tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana perlakuan diparlimen adalah kisah benar yang harus ditonton oleh rakyat yang mencari pembela mereka.Sebarang ancaman saman dari pihak tertentu bloeh dicabar dengan menayangkan rakaman sebenar persidangan tersebut. Pertontonkanlah wahai pihak yang berani dan berkemampuan dalm apasaja bentuk kerana di sini sajalah rakyat dapat melihat dialog 'live' antara kerajaan yang kurang idea dengan pembangkang yang berani dengan hujah yang jitu dan bernas.

Status Yang DiPertuan Agung

Sebagai payung negara rakyat dapat menilai kefahaman beliau dalam ucapan dasarnya yang seharusnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dalam merayu semua pihak yang terlibat agar tunduk pada kehendak rakyat yang memerlukan pengorbanan pimpinan negara membela nasib mereka.Seharusnya keadilan sosial menjadi teras ucapan dasar baginda agar rakyat dapat menikmati hasil kemerdekaan dengan saksama kerana tanpa sokongan rakyat negara menjadi porak peranda.Sesebuah kerajaan sudah tidak diperlukan sekiranya amanah yang diberikan rakyat tidak diagihkan secara saksama dan perpecahan wilayah atau daerah akan berlaku seperti keluarnya 9 luak dari empayar Johor Riau apabila Sultan Johor tidak mampu untuk menjamin keselamatan penduduk pinggiran uutara Johor tersebut dari serangan lanun Daing Bugis dan pengikutnya sehingga kesemua luak tersebut mengadakan pakatan keluar dari kesatuan Johor Riau dan mengambil anak raja Pagar Ruyung bagi menyatukan mereka dalam sebuah negeri yang bernama Negeri Sembilan.

Bagi menjamin keadaan ini tidak berulang maka kerajaan yang memerintah seharusnya mengagihkan kekayaan negara kepada setiap ceruk rantau di Malaysia agar mereka merasai kemanisan sebuah kemerdekaan dan keamanan yang berkekalan tanpa dibelenggu oleh rantaian pelbagai akta yang menyekat dan menindas rakyat dari bergerak dan bersuara bebas dalam sebuah negara yang mereka rasai merdeka.Sekatan dan belenggu ini lambat laun kan menjadikan rakyat memberontak kerana dalam keadaan sedemikian manusia hanya diberi dua peluang sama ada hidup dalam terbelenggu atau mati dalam perjuangan menegakkan keadilan.Biasanya rakyat yang lebih merasai erti penindasan memilih cara menentang hingga ke titisan darah yang terakhir dari diperhambakan seumur hidup generasi ke generasi.

Ketewasan generasi pertama bukan beerti ketewasan generasi berikutnya kerana manusia yang dihimpit kemiskinan dan penindasan akan terus cuba untuk bangun dari beban penderitaan mereka sesuai dengan akal dan kebolehan yang dianugerahkan Allah kepada makhluk yang bernama manusia.

Maka dengan sebab itulah bagi menjamin kedudukan baginda sebagai payung negara rakyat tanpa mengira pegangan politik dan wilayah kekuasaan harus diberi hak samarata sama rasa kerana kekayaan negara ini dipegang oleh kerajaan yang dinaungi baginda hasil sokongan rakyat jua tanpa sokongan mereka maka akan datang suatu kuasa lain pula yang bakal memegang kekayaan negara ini jika rakyat berjaya dipengaruhi mereka.

Tempelakkan baginda dalam ucapan dasarnya terhadap makna jihad dan golongan yang dianggapnya bertopengkan agama adalah suatu yang amat malang bagi sebuah negara yang diiytiharkan negara Islam.Baginda seharusnya mengetahui kedudukan Islam sebagai agama yang syumul melengkapi seluruh aspek kehidupan.Kalau pihak pembangkang dianggap bertopengkan agama seperti PAS maka kegemilangan Islam di arena politik akan tercemar lantaran tohmahan baginda berdasarkan ucapan dasar yang dipengaruhi oleh parti memerintah.Politik adalah sebahagian dari siasah Islam dalam berdakwah semoga baginda dapat mempelajari semula Addin Islam sebagai cara hidup.

PROVOKASI SILAM DAN KINI TERHADAP JIHAD,KEADILAN SOSIAL DAN BERPOLITIK.

Jihad sebenarnya adalah suatu kewajipan umat Islam yang harus dilaksanakan dan hampir dijadikan rukun oleh Rasulullah SAW kalau tidak kerana takut memberati umatnya.Jihad juga bertujuan membawa keluar umat Islam dari belenggu penindasan dalam negara oleh parti politik yang lebih merbahaya walaupun tidak dicop bertopengkan agama lantaran deklarasi negara Islam palsu tetapi menghina Islam serta menindas pergerakkan ulama sampai kepada Rasullullah SAW sendiri dan lebih merbahaya lagi apabila SINDROM ULAMA BISUmenjadi penyakit dalamn yang lebih berbahaya dari AIDS kerana AIDS hanya membunuh manusia yang terlibat tetapi SINDROM ULAMA BISU bukan hanya mencemarkan agama Islam yang suci bahkan memporak perandakan kehidupan umat yang terpisah dari agama lantaran konsep sekularism yang dijadikan pegangan pemerintah semasa berpandukan kitab tinggalan penjajah perlembagaan berteraskan British Command Law sebagai tukaran keatas kemerdekaan percuma dalam satu provokasi penjajah terhadap pejuang kemerdekaan sebenar yang dipenjarakan atu diburu dengan memberikan ihsan kepada parti politik yang dididiknya dengan idealisma beracun sebelum mereka meninggalkan negara ini.

Kemiskinan juga menyebabkan rakyat era sebelum merdeka menyertai perjuangan komunis yang menjanjikan keadilan sosial.Terdapat tokoh pejuang Melayu dan yang pernah mendalami bidang agama terlibat dalam pergerakkan komunis dari kalangan bangsa Melayu sendiri.Pembangunan oleh Perdana Menteri terdahulu berjaya mengurangkan pengaruh komunis ini khasnya dari kalangan masyarakat Melayu .

Ini tidak dapat dinafikan dalam sejarah yang masih tersingkap seribu satu rahsia di sebalik penglibatan komunis dalam kancah pra kemerdekaan dan kewujudan mereka setelah merdeka sebelum berjaya di lenyapkan dengan perjanjian damai bersama kerajaan.Ada kemungkinan golongan pejuang ini memasuki kelompok komunis kerana tertekan untuk berjuang di pentas demokrasi lantaran sekatan dan penindasan British.golongan pro agama juga mungkin terpengaruh lantaran sekatan yang serupa juga dikenakan keatas mereka seperti penindasan British terhadap Parti Hizbul Muslimin sehingga diharamkan oleh British

Peristiwa Bukit Kepong juga sebenarnya tersingkap seribu persoalan yang masih belum terjawab kerana diberitakan seorang beragama seperti Mat Indera dikatakan terbabit memimpin serangan tersebut yang mengorbankan anggota polis yang seagama dengannya.Di ceritakan dari mulut ke mulut yang pernah menjejak beliau betapa Mat Indera lebih gemar menembak pegawai British dari anggota Melayu dalam beberapa siri serang hendap terhadap squad peronda penjajah. Mungkin serangan ke atas Bukit Kepong sebagai penegasan terhadap orang Melayu supaya menolak penjajahan British dan mungkin juga sebagai pembalasan dendam terhadap kekejaman British menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik pejuang-pejuang pra kemerdekaan kerana itulah PKM berjaya mendapat keahlian disebabkan polisi pecah dan perintah British.

Peristiwa Memali pula memperlihatkan ada provokasi dalam provokasi.Peristiwa yang berpunca dari penentangan rakyat merdeka dari belenggu ISA digambarkan oleh kerajaan sebagi serangan ke atas golongan ajaran sesat,pro komunis dan penghasut rakyat kononnya.Beberapa orang polis turut terkorban dalam kejadian dramatik tersebut dan diragui kematian mereka lantaran post-mortem yang tidak dijalankan.Berdasarkan keadaan berjerubu dengan asap gas pemedih mata dan tembakan mesin-gun yang bertalu-talu adalah mustahil bagi penembak yang menggunakan senapang patah untuk 'aiming target' apatah lagi melepaskan peluru kedua yang mengambi masa untuk diisi.Berdasarkan kes seorang anggota polis yang pernah menerima rawatan kesan peluru sub mesingun dari tragedi tersebut nyatalah kemungkinan polis sendiri diarahkan untuk membunuh beberapa rakan mereka sendiri bagi mengukuhkan dakwaan terhadap pemberontakkan Ibrahim Libya terhadap kerajaan.Tiada post-mortem menampakkan lagi provokasi dalam provokasi yang telah berlaku.Anggota keselamatan diingatkan supaya berhati-hati kerana keselamatan mereka juga tidak terjamin kerana dalam keadaan terdesak nyawa mereka juga sanggup dipergadaikan demi agenda pemerintah yang zalim.Amerika sendiri sanggup mengumpan Jepun untuk membunuh tentera lautnya di Pearl Harbour sebagai alasan untuk terlibat dalam peperangan menentang Gabungan Jepun dan Jerman dan sanggup meruntuhkan dua menara kembarnya dengan provokasi paling dahsyat terhadap nyawa rakyatnya sendiri demi suatu alasan yang membolehkannya menurunkan bendera yang tertera dua kalimah syahadat di Afghanistan.

Lantaran kerana tiada tempat dipersada politik tanahair disebabkan tekanan,penindasan dan belenggu penjajah dengan pelbagai akta terutamanya ISA menyebakan mereka tiada pilihan untuk bergerak dipersada politik pra kemerdekaan maka dengan itu hanya perjuangan bersenjata saja jalan penyelesaiannya.Ketika itu Parti Komunis Malaya yang diharamkan diketahui umum yang mampu menubuhkan gerila bersenjata dalam pasukan yang tersusun ,mungkin disebabkan itu mudahlah PKM menjerat golongan ini mengikuti perjuangan mereka.

Sejarah negara telah menceritakan apabila keadilan sosial dan sekatan kebebasan terhadap rakyat diperlekehkan maka mereka tiada pilihan melainkan mengangkat senjata bagi membebaskan diri dalam keadaan hidup yang hanya ada dua pilihan samada hidup diperhambakan dengan pelbagai cukai,tol,tarif,yuran ,duti,tanpa hak milik tanah warga merdeka,hutang perumahan yang sukar dibereskan dalam suasana taman perumahan yang secukup ruang untuk meletak sebuah kereta di depan dan mengampai kain di belakang serta jumlah bilik yang kurang cukup atau sempit bagi mengasingkan anak lelaki dan perempuan,pelbagai akta dan undang-undang,rasuah dan penyelewengan aset negara ATAU berjuang luar dari pentas demokrasi yang semakin lenyap iaitu bersenjata bagi mencapai kehendak hati masing-masing.

Oleh itu sebagai payung negara baginda seharusnya mengingatkan kerajaan agar memastikan keadilan dalam semua aspek kehidupan mestilah kembali ke matlamat asalnya sesuai dengan perjuangan pejuang-pejuang sebenar era pra kemerdekaan kerana kemungkinan mereka sebenarnyalah wira yang dilupakan lantaran terbelenggu dalam penjara ISA British dan sebahagiannnya terus terpenjara walaupun negara telah merdeka dan ISA sememangnya warisan yang memalukan maruah masyarakat bertamdun apatah lagi yang kononnya negara Islam.

TEKS TITAH DIRAJA SKRIP YANG SEWAJARNYA TIDAK DI MANIPULASIKAN KERAJAAN SEMASA.

Kerana kelemahan bagindalah dalam mentafsirkan apa sebenarnya yang berlaku dalam negara tercinta inilah maka TITAH DIRAJA kini hangat diperbincangkan dalam Persidangan Parlimen menyebabkan parti kerajaan yang sebelum ini mepergunakan teks ucapan baginda sebgai propaganda mereka akhirnya memakan diri mereka semula apabila dibahaskan sekaligus menempelak mereka semula disamping memalukan baginda yang menjadi khadam tak rasmi kerajaan membaca teks yang telah dibeli oleh kerajaan dengan menjual maruah baginda sendiri.

Bahawasanya diperingatkan kepada Duli Yang DiPertuan Agung supaya tidak menjadi pak turut kepada mana-mana pihak untuk mempergunakan status bagunda tanpa usul periksa yang mendalam .

Sayugia diharapkan agar baginda dapat turun keluar dari mahligai DiRaja untuk meninjau sendiri keadaan rakyat di merata ceruk negara tanpa memberitahu penguasa setempat agar mereka tidak dapat menipu baginda sultan dengan mengadakan projek segera bagi mencantikkan kawasan dan menutup mulut rakyat setempat dengan pelbagai habuan agar penyelewengan mereka dapat ditutup dari penglihatan baginda.

Dengan cara melihat rakyat secara mengejut bukan sahaja dapat memperlihatkan kepada Tuanku keadaan sebenar rakyat yang tak dapat diselindungi oleh penguasa setempat bahkan dapat mencairkan hati Tuanku InsyaAllah akan keperitan sebenar yang terpaksa dihadapi rakyat dibawah pemerintahan kerajaan sekarang .Semoga pa yang Tuanku saksikan dapat menginsafi sanubari baginda selaku raja yang didaulatkan oleh rakyat terus mendapat dokongan rakyat dari segenap golongan.

Di masa depan diharapkan Tuanku dapat memainkan peranan yang lebih besar dalm memastikan kerajaan yang memerintah sekarang kembali kepada kehendak perjuangan rakyat sebelum merdeka demi agama,bangsa dan negara tercinta.

Semoga keinsafan dan keberanian Tuanku nanti bukan saja mendapat dokongan rakyat tetapi juga sebagai lesen kepada Tuanku untuk mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti bersama pemimpin-pemimpin yang adil berkat syafaat Rasullullah SAW.

Semoga Tuanku dapat memayungi kesucian Islam dan rakyat keseluruhannya dengan adil.

KESUDAHAN YANG BAIK ITU HANYA BAGI MEREKA YANG BERTAKWA.

NOTE: TAKWA dari segi bahasa TAKUT

tafsiran yang jelas dari segi syarak iaitu takut pada Allah dengan membuat amal makruf dan meninggalkan kemungkaran.







______________________
Terbitan : 29 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com