BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Sama-sama kita fikir

BERITA TERKINI DARI JALAN HULU KALANG

Ceramah Umum, Ketari dan Kes Anwar Ibrahim.

Riuh rendah penyokong BA yang berasa amat gembira di atas sokongan rakyat kepada BA di Bentong, Janda Baik dan kawasan sekitarnya. Berita ini di bawa oleh YB Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Mohd Sabu semasa ceramah di Markas Tarbiah PAS pada 28 dan 29hb Mach ini.Cerita YB Mohd Sabu dengan puteri 'UNMO' amat mengembirakan kerana pada malam tersebut itu lah pertama kali YB Mohd Sabu merasa dia mendapat pembelaan PDRM yang telah memberhentikan gangguan dari jalang-jalang puteri UNMO yang menganggu ucapan nya. Penerangan lapuran kemaskini dari lawyer DSAI, Zulkifli Nordin juga memberi nafas baru dan meyakin kan penyokong BA bahawa Bee NNN akan kecundang tidak berapa lama lagi.

BENDERA BA, SPANDUK DAN KAIN RENTANG BA

Nampak nya kain rentang, spanduk dan bendera BA hanya dapat berkibar selama 48 jam sahaja sepanjang Lebuhraya Hulu Klang. Yang hanya dapat di lihat masih berkibar ialah satu bendera tinggi di atas jejambat. Nampaknya ada hantu dari MPAJ datang untuk membuangnya sebaik sahaja mereka lihat spanduk dan bendara PAS dan ADIL.

Kg Pasir kini menjadi padang jarak padang terkukur. Kini hujan lebat petang tadi telah melimpah ke atas jalan raya dari bukit KG Pasir sehingga menutup jalan ke Ukay perdana sehingga lewat malam.

Cerita lain yang sibuk diperkatakan oleh orang Hulu Kelang ia lah hal PUM,dan keganasan Polis diseluruh Semenanjung di mana gangguan ceramah PAs di Johor, Pahang dan lain lain tempat telah di ceroboh oleh kepala merah ini. Kita tidak ada tempat mengadu lagi. Maka kebanyakan suara Orang-orang BA mengesyorkan supaya setiap minggu di adakan 'Sembahyang Hajat' khas kepada gulungan yang zalim dan barua ini, agar Allah melebutkan hati mereka ini dengan dapat menerima keadaan sebenar dan melaksanakan undang-undang mengikut paeraturan dan perintah yang termaktub dan sedia ada. Jangan lah mereka dijadikan petualang politik Bee Endddd lagi.

Suara BA







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com