Pilihanraya 1999 telah mencatatkan kemenangan yang cemerlang kepada
parti
pembangkang. Namun baru-baru ini seorang teman sedikit terkilan
selepas
menyaksikan satu persidangan DUN di sebuah negeri di Pantai Barat.
Beliau
menceritakan terdapat ADUN dari parti pembangkang agak "pendiam"
apabila
sidang berlangsung." Aku tak sangka langsung dia tu rupanya YB yang
pendiam
macam ayam berak kapur aje. Tak prepare ke atau buat homework sebelum
masuk
Dewan?"
Situasi ini jika dikaji bukanlah baru... Parti pembangkang seharusnya
menilai calon bukan sahaja dari segi kepopularan atau pengaruh
setempat
tetapi hendaklah juga mengambil kira kriteria kemampuan dan
kebijaksanaan
dalam menyalurkan kehendak dan inspirasi rakyat semasa berada di Dewan
Rakyat mahupun di Dewan Undangan Negeri. Idea yang bernas, fakta,
kelicikan
berhujah di Dewan akan menambah keyakinan rakyat bahawa pembangkang
bukan
sahaja "dilihat" mampu memerintah tetapi "sememangnya" mampu
memerintah.
Pernah berlaku dalam DUN Negeri Pahang parti BN sempat mengeksploitasi
ucapan pembangkang oleh kerana isu yang disentuh, dibahaskan secara
tidak
tepat menyebabkan ADUN MCA mengambil kesempatan dengan mengatakan
sekiranya
Parti PAS memerintah mereka akan musnahkan patung-patung sembahan
agama
lain. Sememangnya tugas mereka mengelirukan rakyat. Namun sekiranya
persediaan yang lengkap dibuat sebelum masuk Dewan. Insyaallah kita
dapat
mengatasinya. Elok benar kita terlebih dahulu menyalahkan diri sendiri
dari
menunding jari kepada musuh yang sememangnya mencari jalan
mengelirukan
rakyat. Tidak dinafikan kita punya "Think Thank". Namun Wakil Rakyat
kita
tidaklah wajar bergantung sepenuhnya kepada mereka.
Pembangkang seharusnya membawa pendekatan menyerang bukan bertahan.
Tetapi
apa yang kita lihat pembangkang sibuk menjawab tuduhan. Situasi ini
jika
kita amati berlaku selepas penangkapan wira-wira reformasi. Kita tidak
lagi
mengambil sikap pro aktif tetapi lebih gemar mengambil posisi
bertahan.
Sampai bila? Kita dikambing hitamkan. Peristiwa Memali contohnya. Kita
asyik, malah seronok menjawab pertuduhan demi pertuduhan. Kita
merelakan
diri berada dikandang salah. Sedangkan semuanya itu adalah peluru
palsu
belaka. Kita yang punya "peluru asli" tidak pula menggunakan peluru
itu
sebaiknya. Malah mengabaikannya. Jika menggunakannya pun, seperti
melepas
batuk ditangga ... ala kadar.
Boleh kita ajukan soalan... Berapa risalah yang dibuat untuk
menjelaskan
kepada rakyat tentang rasuah Khir Toyo ? Berapa buah buku yang pernah
ditulis untuk menjelaskan penyelewengan tabung haji, penyelewengan
PPRT dan
banyak lagi. Pelajarilah... kesannya buku SHIT, sehingga memaksa
Mahathir
mengulasnya di Perhimpunan Agung UMNO dulu. Apakah ADUN dan MP lain
hanya
gemar berceramah sahaja ? Apa yang dibuat oleh sebahagian MP dan
ADUN.... melainkan mengeluh dan mengeluh. Mengeluh apa? Mengeluh sebab
tak
dapat ceramah, HARAKAH tak sekerap dulu dan macam-macam lagi keluhan.
Persoalannya, adakah dengan sebab tak dapat permit ceramah kita tidak
nampak
saluran lain yang mungkin lebih berkesan.
Memang benar, tugas menulis bukan tugas MP dan ADUN sahaja. Cumanya,
jika
itulah yang sering dipersoalkan .... akhirnya tiada satu pun penulisan
MP
dan ADUN yang boleh kita banggakan. Tahniah kepada Tuan Guru HJ Abdul
Hadi
kerana sedang menyiapkan bukunya tentang Amanat Hj Hadi.
Sebaris kata R Sivarasa "Kita perlu ada, lebih ramai lagi Ahmad
Lutfi."
Oleh kerana itu, sudah sampai masanya pimpinan kita menilai dan
menganalisis semula kriteria dan ciri-ciri seorang MP dan ADUN. Jika
dalam
pengajian Human Resourch, pilihan dibuat berdasarkan "Head Hunting".
Apa
salahnya kita mengambil pendekatan yang lebih cermat dalam pemilihan
akan
datang. Kerana apalah maknanya seorang MP atau ADUN tetapi punya
lidah
yang kelu dan Tawadhu' Tak Kena Tempat ( T T K T ) sehingga rakyat
seolah-olah tidak menyedari kehadiran mereka sebagai wakil rakyat.
Dan.... sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita gulingkan
kerajaan
yang korap dan muflis akal budinya.
abu syabab at tabani
______________________
Terbitan : 28 Mac 2002
Ke atas
Home