Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah
hari ke-10 atau
lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari
tersebut kita
disunatkan
berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari
ke-10 dalam bulan
Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang
pertama sebelum
difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat
10 Muharram)
maka
bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin
berpuasa maka boleh
dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa
pada 10 Muharram
kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s
daripada lemas dan
juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram
akan menghapuskan
dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10
Muharram maka disunatkan
umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi
membezakan dengan puasa
orang
Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam
sebuah hadith
riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka
boleh juga
digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul
Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di
Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan,
bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di
atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas
daripada menjadi
buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Wallahu A'lam.
"SELAMAT TAHUN BARU MUHARRAM 1423"
______________________
Terbitan : 18 Mac 2002
Ke atas
Home