Assalamualaikum wm wbt,
Pada 1 April, 2002 atau ‘April Fools Day’ akan bermula
persidangan/seminar tiga hari OIC di Kuala Lumpur
untuk menemui definasi baru bagi 'keganasan'
(terrorism). Kononnya persidangan itu akan memastikan
'keganasan' tidak terus disinonimkan dengan agama
Islam dan umat Islam seperti yang berlaku setelah
peristiwa September 11. Begitulah yang kita cuba
diperbodohkan oleh golongan sekular dalam OIC,
terutamanya Dr. Mahathir.
Sebenarnya persidangan/Seminar OIC ini hanyalah suatu
sandiwara kerana kebanyakan kerajaan negara-negara OIC
adalah boneka dan pencacai Amerika Syarikat, dan
tujuan mereka berkumpul di KL adalah untuk
memperbodohkan umat Islam di seluruh dunia pada ‘April
Fools Day’.
Persidangan/seminar yang akan diadakan di Kuala Lumpur
itu kelihatan seperti dari initiatif Malaysia, tetapi
ia sebenarnya adalah di atas arahan Amerika Syarikat.
Tujuannya adalah untuk memberi gambaran palsu kononnya
kerajaan negara-negara OIC mempertahankan maruah
Islam. Sandiwara di Kuala Lumpur itu lebih bertujuan
untuk menghapuskan tanggapan umum di kalangan umat
Islam di seluruh dunia bahawa kebanyakan kerajaan
negara-negara OIC yang sekular itu bersubahat dengan
Amerika Syarikat dalam memerangi agama Islam atas
alasan memerangi keganasan.
Pasti ucapan-ucapan akan dilafakan dengan berapi-api.
Amerika Syarikat dan Britain akan dibidas atas dan
bawah, kiri dan kanan. Dan resolusi-resolusi yang
mengutuk Amerika Syarikat akan dikeluarkan. Tapi
kesemuanya sebenarnya adalah lakonan semata-mata,
lakonan yang mengikut skrip yang telah dipersetujui
oleh Presiden Bush. Dan kerajaan UMNO-BN di Malaysia
merupakan antara pelakon utama.
Boleh dikatakan hampir kesemuanya pemimpin dan
kerajaan negara-negara OIC yang sekular itu ada
mengeluarkan kenyataan membidas Amerika Syarikat. Ini
hanya untuk mengabui dan memperdayakan rakyat
masing-masing. Apa yang berlaku di belakang tabir
adalah mereka berkomplot dengan Amerika Syarikat dan
Barat untuk mengkhianati Islam dan membanteras arus
kebangkitan Islam yang mengancam pemerintahan sekular
mereka.
Hanya Indonesia yang berani ingkar kepada Amerika
Syarikat. Indonesia telah tegas dengan pendirian akan
hanya menahan mereka yang disyaki sebagai ‘pengganas
Islam’ jika ada bukti kukuh, dan yang tertuduh akan
diberi hak untuk membela diri di mahkamah. Presiden
Megawati juga menolak secara muktamad penempatan
tentera Amerika Syarikat di bumi Indonesia.
Amerika Syarikat begitu marah dengan pendirian
Indonesia itu, dan telah dilaporkan oleh media Amerika
sendiri bahawa ramai di dalam pentadbiran Bush telah
mengesyorkan supaya dilakukan serangan tentera ke-atas
Indonesia.
Arab Saudi dan Turkey pada mulanya memberitahu Dr
Mahathir bahawa mereka tidak akan hadhir sebagai
protest. Mereka membantah dengan keras cadangan Dr
Mahathir untuk mengadakan perhimpunan OIC di Kuala
Lumpur bagi mendefinasikan semula ‘keganasan’ kerana
OIC sudah lama mempunyai definasi menegnai ‘keganasan’
yang dipersetujui oleh semua ahli. Lagi pun semua
negara OIC termasuk Malaysia telah bersetuju untuk
mengekalkan definasi OIC tersebut di Sidang Kemuncak
OIC di Doha beberapa bulan yang lepas.
Tetapi apabila diberitahu bahawa persidangan/seminar
di Kuala Lumpur itu mendapat restu Uncle Sam di
Washington, maka Arab Saudi dan Turkey telah menarik
balik bantahan mereka dan difahamkan akan turut
hadhir di Kuala Lumpur nanti.
Diharap umat Islam di seluruh dunia, dan di Malaysia
khususnya, tidak akan terpedaya dengan sandiwara
tersebut. Jangan benarkan kita digelar ‘April Fools’.
Kebanyakan para delegasi negara-negara OIC akan sampai
ke KL dalam beberapa hari lagi untuk melakonkan
sandiwara yang didalangi oleh Amerika Syarikat itu.
Kita semua berdoa’ lah agar Allah SWT akan memberi
hidayah kepada delegasi negara-negara OIC yang akan
mengubah mereka dari hanya berlakon kepada betul-betul
secara ikhlas menentang Amerika Syarikat.
Kita mohon doa’ agar Allah SWT akan mengubah hati para
delegasi dari negara-negara OIC itu, dan mereka
tiba-tiba akan sedar dan insaf semasa berada di Kuala
Lumpur yang membuat mereka tersentak dan berhenti dari
menjadi boneka dan pencacai kepada kuasa-kuasa kufar,
Kristian dan Yahudi.
Dan ingatlah bahawa Allah SWT sudah menjanjikan
kemenangan kepada Islam. Yakinlah dengan janji Allah
SWT itu. Ingatlah bahawa semasa Perang Salib yang
pertama dulu Allah SWT pada mulanya menguji umat Islam
dengan kekalahan. Baitul Muqqadis (Jerusalem) telah
ditawan oleh tentera Kristian, hanya selepas 88 tahun
barulah tentera Islam dibawah pimpinan Salehuddin Al
Ayubi (Saladin) telah dapat menawan kembali Baitul
Muqaddis.
Yang kita hadapi sekarang ini adalah Perang Salib
zaman IT. Yakinlah kita akan menang seperti yang
dijanjikan oleh Allah SWT, dan sesungguhnya Allah
tidak mungkir janji. Maka bersedialah kita semua untuk
berjihad dan syahid dijalan Allah SWT.
Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar
!!!
Tarabulsi
13 Muharam 1423
(27 Mac 2002)
______________________
Terbitan : 28 Mac 2002
Ke atas
Home