BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Tepak Bersulam muncul dengan "MARAHKAH"

Setelah begitu lama diam menyembunyikan diri akibat dimarahi oleh puak-puak KMU. Tepak tidak putus asa, dia diam-diam setelah baik daripada histeria (saya sangka dia dah gila, masuk TR) dia berjumpa dengan orang kuat Khir untuk mendapatkan satu lagi projek jahat, yang lumayan bayarannya ; RM 200,000.

Memang kerja ini, kerjannya semenjak daripada kecil hingga 29 tahun memang suka buat onar.

Atas dasar untuk menutup kerja-kerja sebelum ini oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor dan puak KMU yang mengedarkan majalah MEMO palsu maka Khir telah bersetuju untuk memberi peruntukkan untuk menerbitkan akhbar "MARAHKAH" yang menyerupai HARAKAH dan ia diedar secara percuma.

Akhbar ini selain mengaburkan rakyat dengan Harakah tetapi juga mempunayi maksud untuk mengaburkan mata penganalisis politik kononya Khir tidak terbabit.

Adalah difahamkan kerja-kerja penerbitan ini juga telah mendapat kelulusan 'secara lisan' daripada Pak Lah sendiri. Paklah juga dikatakan mengarahkan pihak polis untuk 'menutup mata' tentang pengedaran akhbar MARAHKAH ini.

Pak Lah dikatakan bersetuju kerana Paklah bosan dengan sikap harakah yang akhir-akhir ini menyerang beliau dan menaikkan imej Najib sebagai pengganti PM.

Beruntunglah Tepak Bersulam yang pandai mencari celah daripada kesempatan ini untuk menambahkan dosa.

POK MAT
JKKK







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com