BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Pakar bahasa menjadi dirinya barua

Seorang pakar bahasa, Prof. Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata bahawa perkataan barua adalah ayat itu amat kasar, buruk dan tidak boleh diguna pakai sesiapa pun.

“Saya harap perbuatan seperti ini dihentikan segera,” katanya.

Saya cukup hairan apabila pakar bahasa ini diam seribu bahasa apabila Dr Mahathir bercakap dengan bahasa kasar di TV dan kenyataan makiannya pula menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan.

Apakah perkataan HAPRAK boleh digunakan, manis bahasanya. Saya nak bertanya kepada Prof. Datuk Dr Nik Safiah Karim, adakah perkataan ini tidak perlu dihentikan segera?

Nampak jelas sifat hipokrit pakar-pakar bahasa di negara kita. Dulu pernah berlaku bila Prof. Dato' Shahnon mengeluarkan perkataan shit. Ramai dikalangan mereka ini mengulas demi untuk kepentingan diri dan kedudukan bukan untuk meningkatkan martabat bahasa.

Jika inilah sifat pakar bahasa kita, bahasa kita tidak akan ke mana.

Tok Ayah



______________________
Terbitan : 26 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com