Sila Lawat :
Laman Pak Chaq
Kali ini entah kali yang keberapa Tabung haji (TH)mengalami kerugian, setakat
yang kita diberitahu sebelum ini wang pelabur kira-kira RM8 juta yang `dirompak'
secara profesional dan pada 18 Mac yang lalu seperti yang dedahkan oleh akhbar
Utusan lebih RM 500 juta wang pelabur hilang tapi dinafikan oleh Hamid Zainal
Abidin " bukan RM 500 juta , cuma RM 200 juta sahaja, RM 120 Juta dah dapat
balik tinggal RM 80 juta sahaja yang tak dapat balik akibat pelaburan saham
dalam dagangan pertukaran mata wang asing (forex) kerana kejatuhan nilai mata
wang.
Sesungguhnya insiden-insiden berkenaan amat memilu dan memalukan kita kepada
bangsa lain yang walaupun mereka "makan babi" tapi tak sanggup samun duit Tokong
dan kuil mereka. Penyimpan atau pelabur di Tabung Haji adalah rata-rata terdiri
orang-orang Melayu Islam. Mereka yang berkhidmat di Tabung Haji juga 99.9
peratusnya adalah Melayu Islam . Mereka yang menguruskan dana pelaburan juga
adalah Melayu Islam . Yang rugi juga orang-orang Melayu Islam . Semuanya adalah
Melayu Islam .Tetapi kebanyakkan kepala-kepala Lembaga yang kawal TH semuanya
Melayu Haprak UMNO . Mingkin disini puncanya.
Perlu disebut, matlamat asal penubuhan Tabung Haji adalah untuk mendidik,
membantu dan menguruskan penganut agama Islam di negara ini untuk mengerjakan
haji ke Mekah.Seperti yang di impikan oleh Profesor Diraja Engku Aziz
Awal penubuhan Tabung Haji, pelbagai kempen dilakukan ke seluruh pelosok
tanah air untuk meyakinkan orang ramai, khasnya orang-orang Melayu untuk melabur
atau setidak-tidaknya menjadi ahli.Selepas Tabung Haji diwujudkan dan orang
ramai yakin yang wang mereka selamat disimpan di Tabung Haji, majoriti
orang-orang kampung telah menyahut hasrat murni kerajaan itu.
Akhirnya, Tabung Haji telah dapat berdiri megah dengan bangunan canggih
laksana bubu ikan di Jalan Tun Razak. Sesiapapun yang lalu di situ akan
tersenyum sinis campur bangga dengan kejayaan serta motif disebalik banggunan TH
yang berbentuk demikian.
Tabung Haji main Skim Cepat Kaya
Bak kata pepatah " sudah terantuk baru tegadah", Noh Oamr seperti orang yang
hilang akal sekonyong-konyong bangun memberi kenyataan di lobi Parlimen kerana
cuba membela Lembaga yang menghantui Tabung Haji mengeluarkan kenyataan yang
menjawab seribu persoalan seluruh rakyat malaysia mengapa begitu mudah pelaburan
TH "cair" tanpa dikesan
Laporan Berita Harian 21Mac 2002
[[Metrowangsa janji beri pulangan cepat Setiausaha Parlimen di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Noh Omar, berkata T abung Haji perlu mendapatkan pulangan
yang cepat bagi membayar dividen kepada penyimpan setiap tahun.]]
Laa, ropa-ropanya Tabung haji pun melabur dalam syarikat skin Cepat kaya yang
diasaskan oleh penyanyi nasyid popular tahun 80'an dulu Ahmadi Hassan, ingat kan
orang kampung saja yang terkena dengan PLSB, skim Pak Man Telo , Gemilang, Skim
350 dll. Tabung Haji yang hebat pun kena jugak.
" Tak pa lah Mak Andih, bukan kita saja yang terkena, Tabung haji pun terkena
sama".- Kata Pak Pandir versi Era rentak muzik terkini
Pendedahan Noh Omar ini seterusnya mendedahkan kita bahawa wang sebanyak RM
200 juta milik orang ramai telah digunakan untuk melabor kedalam skim pelaburan
yang menjanjikan pulangan yang cepat, seperti yang kita selalu dengar kalau
jenih dapat untung cepat ni tentulah skim yang Kerajaan Komunis UMNO kata Haram
kempen bagai nak rak dalam TV. sekarang siapa yang kena??.
Rungut Noh Omar;
[["Katanya, walaupun Tabung Haji mempunyai dana berbilion ringgit, bidang
pelaburan yang boleh diceburi terhad kerana ia perlu mengikut hukum syarak.
Kebanyakan pelaburan Tabung Haji adalah bidang hartanah dan penanaman kelapa
sawit yang lambat memberi pulangan.Tabung Haji juga melabur dalam saham yang
diluluskan syariah tetapi memberi pulangan pada kadar rendah iaitu 2.8
peratus"]] Sebab melabur secara sah ni lambat untung maka TH nekad melabur dgn
Ahmadi Hassan yang popular satu ketika dulu dengan lagunya ;
" kawin, kawin, kawin nikah dan kawin..bukan lah hai mudah perkara mudah"
Tak sangka insan yang digelar sebagai Pak Chat didalam rancangan radio dengan
Mudah boleh memperbodohkan segala Lembaga yang rata-ratanya profesional yang
mentadbir Tabung haji. Bukan sikit duit pulak tu RM 200 juta lebih sama nilainya
harga sebuah lagi Mahligai air mata di Putrajaya sana.
Rakyat selama ini telah dipaksakan keatas mereka jika hendak menunaikan haji
di Mekkah mesti melalui Tabung Haji, ikut swasta tak ada visa, guna visa negara
lain hilang taraf warganegara dll. Penulis percaya jika tidak ada paksaan siapa
pun tak kelapang nak simpan di TH sebab kos mengerjakan haji jauh lebih mahal
dari yang sepatutnya.Inilah sikap perompak, penyangak yang dok perintah negara
kita sekarang ini . Jenis melayu pelingkup Melayu, jenis Melayu tipu Melayu ,
jenis Melayu BUNUH Melayu di Memali.
Sedar lah wahai orang Melayu,
Dari:Tok Perang
21/3/2002
______________________
Terbitan : 26 Mac 2002
Ke atas
Home