BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Sokonglah DAP

Oleh : Ulam raja

Buat pertama kalinya dalam sejarah bagi diri saya memangkah DAP baik bagi DUN maupun PARLIMEN yang kebetulan di wakili oleh mereka dalam kawasan pilihanraya saya.

Agak berdebar serta terharu juga rasa dihati pada saat ketika memangkah dengan pensil yang disediakan serta terasa sedikit mengelatar juga rasanya. Setelah lima kali Pilihanraya Umum inilah buat pertama kalinya saya lakukan setelah memberi undi pada BN sebelum ini. Apa tidaknya sebagai penyokong UMNO sebelum ni kedatangan saya ke tempat membuang undi saya pada hari tersebut pun dengan kenderaan yang di sediakan oleh BN yang penuh dengan bendera UMNO/BN serta gambar PM. Jika dikenang pasal DAP ni geram juga di buatnya terutamanya pasal isu "Malaysian Malaysia", pasal sentimen perkauman yang begitu menebal dalam DAP dan lebih-lebih lagi pasal Isu agama Islam. Itu belum lagi sebut pasal 13 Mei yang pada masa tu Parti Pekemas di bawah kepimpinan Dr. Tan Chee Koon pun sama je dengan DAP. Perkara yang membuat saya berubah serta sejuk hati bila mengenangkan betapa seorang pemimpin Parti DAP yang pada satu masa dulu begitu menebal sentimen perkaumannya terutamanya terhadap kaum Cina sanggup di PENJARAKAN demi seorang Melayu seperti dalam kes Lim Guan Eng. DAP dulu lain serta berbeza kini pada pengamatan saya, sekarang ini arah perjuangan mereka lebih kepada menegakkan keadilan tidak kira bangsa atau pun agama. Kerajaan BN begitu berjaya dalam propaganda mengunakan segala saluran media yang diterajui mereka dalam memecah belahkan pakatan BA sehingga DAP keluar dari pakatan BA.

Sentimen agama Islam bukan sahaja berjaya memecahkan pemimpim DAP dari pakatan BA malahan berjaya meyakinkan penyokong ketat DAP selama ini memberi undi pada BN seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Isu negara Islam yang dilaungkan pemimpin PAS benar-benar membawa impak yang mendalam pada kepimpinan maupun penyokong DAP. Masalahnya disini DAP tidak diberi penjelasan yang tepat. Penjelasan yang sejelasnya juga harus disusuli dengan pihak DAP mesti cuba memahami dengan hati yang terbuka serta ikhlas yang mana hak-hak bukan Islam adalah lebih terbela. Phobia Islamism lebih buruk lagi dengan peristiwa 11 September. PAS pula kini secara tidak langsung dikaitkan dengan KMM & Militan serta membawa Islam ke arah ekstrim kononnya. Semua ini berjaya di hidangkan pada kita semua oleh BN melalui Media yang di bawah telunjuk mereka.

Tak payahlah disenaraikan kenapa kita perlu tumbangkan BN kali ni sebab umum yang baca ini tahu serta punyai sebab tersendiri. Apa pun rentetan peristiwa yang buat saya mula berubah menyokong BA adalah kerana penganiayaan kerajaan sekarang terhadap Datuk Seri Anwar yang tak dapat langsung diterima akal saya. Oleh itu pada semua sokonglah pembangkang untuk menumbangkan BN. Walaupun DAP tidak dalam pakatan BA (sebab mereka tersendiri) kita harus sokong mereka di KETARI ini agar BN jangan sombong dan bongkak dengan segala mekanisma yang ada mereka gunakan maka akan lebih sombong dan action lagi. Entahlah saya cukup tidak berkenan tengok muka Menteri Besar Pahang tu yang pada saya bukan saja telah terang aksi samsengnya pada pilihnaraya kecil yang lalu (ada clip videonya) ditambah kata-katanya memang kurang sopan.







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com