Oleh : UWAIS
Assalamualaikum !!,
Pada pandangan saya, saudara semua harus mengistiharkan sokongan terangan-terangan kepada Jemaah(Parti) PAS(selagi mana relevan) sebagai suatu resolusi jemaah saudara dan pada masa yang sama mengharamkan seluruh rakyat Malaysia muslim daripada menyokong UMNO kerana ;
1. Saudara sudah melihat bahawa Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu tidak pernah menganjurkan program/dasar maksiat yang terbukti walaupun satu, sedangkan Kerajaan UMNO, budak tadika pun terbeliak biji mata melihat kedasyatan maksiat mereka.....takkan lah ulamak macam saudara asyik bersimposium saja.
2. Kalau ditawarkan antara gaji RM1000 dengan RM1200 kepada ahli jamaah saudara, sudah barang tentu tanpa bermuzakarah sebulat suara jamaah saudara akan memilih RM1200. Apakah beza jumlah maksiat Kerajaan Pas dan Kerajan BN/UMNO lebih kabur dari RM200???...Ingat!!..
kekaburan saudara itu lah antara yang menyebabkan Perlembagaan Syirik Lord Reid terus kekal bertahan di Malaysia dan Hukum Allah yang sempurna tidak dipandang tinggi oleh orang islam sendiri. .....Ingat!! ..ulama adalah pewaris nabi.....diam mereka bererti redha.
3. Untuk ahli Tabligh pula kalau rumah kamu dirompak sila pergi ajak perompak keluar 40 hari, jangan repot polis, kerana kamu kata kalau orang dah baik dia tak buat mungkar lagilah....lagipun polis dilantik oleh orang politik dan kamu kata politik PAS pun kotor apatahlagi politik UMNO.Polis sekarang orang politik UMNO yang lantik...Tapi berita baik untuk saudara ...jika PAS menang dan saya dilantik jadi Menteri Kewangan ..insyaAllah saya akan jemput saudara menyampaikan bayan dalam RTM selama mana anda perlu. Saya kira dakwah saudara dari rumah ke rumah yang anda ambil masa bertahun-tahun untuk mengelilingi Malaysia dapat meresapi setiap rumah diseruh pelusuk negara dalam masa 30 minit saja..Setakat sembahyang orang PAS/UMNO pun sembahyang. Tapi dengan politik ... ibadah,muamalah, munakahat dan jenayah semua mampu dijalankan/dijaga dengan sempurna...Ingat membetulkan diri bererti membetulkan semua aktiviti kehidupan termasuk politik kerana politik pun perlukan diri yang menyempurnakannya.....bukan batang kayu.
3. Akhirnya saya nak tanya saudara ahli Tabligh....dulu saudara kahwin dengan Minah dan tidak dengan Jenab apakah kerana Minah elok segala-galanya?........sudah tentu kerana Minah lebih baik daripada Jenab...itu saja....dan memang sekadar itulah yang tuhan perintahkan kepada kita.Kalau nak tunggu perempuan sempurna macam malaikat.....alamat tak kahwinlah saudara...dan air pun naik ke kepala dan pening...tak sempat nak fikir soal tabligh.
Begitulah dalam politik...adapun duit cagaran pilihanraya yang saudara pakai agak kata judi itu,..ianya adalah peraturan SPR untuk mengelakan calon tak layak/kianat masuk jadi calon. Lepas pilihanraya dia bagi balik.
sila jawab saudara......saya pun nak belajar
salah dan silap harap maaf!!
wallahua'lam!!
______________________
Terbitan : 21 Mac 2002
Ke atas
Home