BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

SPM: Sekolah Menengah Agama Terengganu cemerlang

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHMAD

KUALA TERENGGANU: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2001 bagi Sekolah-sekolah Menengah Agama di negeri Terengganu turut mencapai kejayaan cemerlang. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Engku Mohamed Engku Abdul Rahman berkata, sebanyak 12 buah sekolah menengah agama berjaya membuat pencapaian terbaik antara 86.1 hingga 99.94 peratus kelulusan bagi semua mata pelajaran SPM.

Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) telah mendahului pencapaian sekolah yang lulus semua mata pelajaran iaitu 99.94 peratus. KOSPINT (99.35 peratus), Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah Kuala Terengganu (98.02 peratus), Maahad Tahfiz Padang Midin (97.92 peratus), SMA Marang (93.68 peratus), SMA Sultan Ismail Dungun (91 peratus), SMA Maarif Besut (90.25 peratus). SMA Mahmudiah Besut (89.84 peratus), SMA Setiu (89.1 peratus), SMA Sultan Zainal Abidin Ladang (87.88 peratus), SMA Al-Falah Kemaman (86.99 peratus), dan SMA Ittifakiah Besut (86.1 peratus).

Bagi kedudukan sekolah terbaik mengikut Gred Purata Keseluruhan (GPK), Maahad Tahfiz Padang Midin mendapat 3.28 peratus, SMAASZA (3.47), KOSPINT (3.78), SMA Khairiah (4.69), SMA Marang (5.09), SMA Sultan Ismail Dungun (5.1), SMA Setiu (5.54), SMA Sultan Zainal Abidin Ladang (5.54), SMA Maarif (5.6), SMA Al-Falah (5.64), SMA Mahmudiah (5.86), dan SMA Ittifakiah (5.98).

Seramai 43 pelajar sekolah menengah agama di negeri ini berjaya membuat pencapaian terbaik SPM dengan memperolehi antara 10 A hingga 7 A daripada beberapa buah sekolah berkenaan. Katanya, sejumlah 1,368 orang calon sekolah menengah agama di negeri ini menduduki peperiksaan SPM dengan 97.74 calon layak mendapatkan sijil masing-masing.

Pencapaian

Secara keseluruhannya keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6.14 peratus, calon lulus kesemua mata pelajaran berbanding tahun sebelumnya. Katanya, hampir kesemua mata pelajaran teras mengatasi pencapaian nasional antara 1.29 hingga 6.17 peratus kecuali bahasa Inggeris hanya 12.4 peratus di bawah pencapaian nasional.

Sehubungan itu, seramai 54 orang calon mendapat A1 dalam semua mata pelajaran meningkat 0.23 peratus berbanding 11 orang (0.07 peratus) pada tahun 2000. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Razali Ismail dipetik sebagai berkata, pencapaian keputusan SPM 2001 di negeri ini berjaya mencatatkan peningkatan kualiti dan kuantiti. Menurutnya, kebanyakkan subjek menunjukkan peningkatan selain berjaya mengatasi pencapaian peringkat nasional dengan 12 buah sekolah mencapai GPK kurang daripada 4.5







______________________
Terbitan : 19 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com