BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Kemiskinan tidak harus dilesenkan

PADA 28 hingga 31 Mac ini, Kerajaan Terengganu akan merayakan ulangtahun kedua pentadbiran di bawah Barisan Alternatif (BA) pimpinan PAS. Dengan sumber kewangan terbatas, Terengganu terus maju dan gah di Malaysia dan antarabangsa sebagai sebuah negeri yang berfungsi memecah tradisi kepercayaan golongan tertentu bahawa parti pembangkang tidak mampu mentadbir.

Terengganu memberi contoh sebagai negeri alternatif dalam bidang pentadbiran yang boleh memanfaatkan apa yang ada dalam keterhadan kewangan. Yang paling penting dalam usia yang terlalu muda ini Kerajaan telah menyelami kesusahan rakyat melalaui siri dialog yang diatur dan merancang menyelesaikan permasalahan mereka termasuk soal kemiskinan.

Terengganu masih lagi ditangga kedua, antara negeri termiskin di Malaysia, namun kerajaan sedang merangka perancangan bagaimana masalah kemiskinan dapat di atasi melalui kaedah yang lebih sistematik dengan menentukan sasaran penghapusan rakyat termiskin setiap tahun supaya peratus kemiskinan terus berkurangan dari setahun ke setahun. Golongan tertentu telah menjadikan kemiskinan sebagai aset politik bukan berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya.

Semacam ia dilesenkan kerana ia kekal tidak berubah. Golongan termiskin yang bukan kurang upaya terus diberi bantuan kebajikan bulanan tanpa ada usaha dan pemantauan untuk membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan. Rakyat sudah diajar berpuluh-puluh tahun bagaimana mereka sentiasa menjadi peminta sedekah dengan kerajaan sedangkan kerajaan lalu mempunyai kewangan yang cukup untuk mengadakan program membasmi kemiskinan.

Bagaimanapun oleh kerana ia sebagai alat memancing undi dalam pilihan raya, kemiskinan terus menghantui kehidupan rakyat sehingga kerajaan kini terpaksa mencari jalan yang sesuai untuk mengatasinya. Inilah antara suasana yang mewarnai dua tahun pemerintahan kerajaan baru di samping pelbagai kejayaan yang diperolehi termasuk mengurniakan tanah kepada rakyat, merancakkan aktiviti pendidikan mereka, penghapusan tol Jambatan Sultan Mahmud dan lain-lain. – Suhaimi Taib







______________________
Terbitan : 29 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com