BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

MB guna pakai pendapat Ungku Aziz

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tertarik dengan kenyataan Prof Diraja Ungku Aziz yang menjelaskan bahawa orang Melayu-Islam bekerja dengan rajin. Ketika menggunapakai pendapat itu Menteri Besar menyebut Ungku Aziz sebagai berkata, kerajinan orang Melayu dapat dilihat dari sikap mereka keluar bekerja sejak dari waktu Subuh ke destinasi masing-masing. Nelayan umpamanya keluar ke laut untuk menangkap ikan sejak jam tiga pagi manakala penoreh getah sejak jam empat pagi.

Justeru bagaimana dikatakan orang Melayu-Islam malas bekerja. Pendapat itu tidak betul. "Ketekunan yang sedia ada perlu dimanfaatkan secara bersistematik untuk membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan," katanya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata demikian ketika isu kemiskinan timbul dalam Sidang Akhbar selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bangunan Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

Katanya, nelayan kecil tidak seharusnya menjadi nelayan pesisir pantai selama-lamanya tanpa diberi pendedahan dan ditingkatkan kepada nelayan yang lebih maju. "Begitu juga dengan golongan petani," tambahnya. Sementara itu, di majlis yang sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan, Haji Abu Bakar Abdullah berkata, Kerajaan Negeri telah menyiapkan pelan tindakan ekonomi bagi rakyat termiskin dengan meminta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengenalpasti rakyat termiskin dari mana-mana sektor untuk dipulihkan bagi membolehkan mereka bebas dari tahap kemiskinan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam dan Komunikasi Haji Yahaya Ali turut hadir di majlis tersebut.







______________________
Terbitan : 29 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com