BESUT: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Ku Abdul Azah Syed Alwee melahirkan rasa kesal dengan pemotongan royalti minyak oleh Kerajaan Persekutuan. Katanya, Terengganu telah sekian lama menikmati royalti petroleum yang bermula dengan pembayaran RM10 juta hingga kepada lebih RM500 juta setahun."Kita rasa kesal dengan pemotongan royalti minyak di negeri Terengganu ini," ujarnya di Majlis Dialog Perdana Pemimpin Bersama Kakitangan Kerajaan Negeri, di Dewan Sivik Gong Kemuntong, Jertih, baru-baru ini.
Menurutnya, hampir 75 peratus iaitu tiga perempat pendapatan kerajaan negeri Terengganu berpunca dari sumber royalti minyak. Katanya, hanya
25 peratus (1/4) punca pendapatan negeri dari sumber-sumber lain termasuk hutan, tanah, geran wajib kerajaan persekutuan dan sebagainya. Dato’ Ku Abdul Azah mendedahkan, akibat kehilangan sumber royalti itu kerajaan negeri memerlukan perbelanjaan RM350 juta setahun. "Kita (kerajaan) hanya memperolehi pendapatan RM180 juta setahun selain dari royalti minyak," jelasnya.
______________________
Terbitan : 29 Mac 2002
Ke atas
Home