BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

2 tahun pemerintahan Terengganu teguh berprinsip

HUJUNG bulan ini Kerajaan Negeri Terengganu insya Allah akan memperingati dua tahun pentadbiran baru yang bermula dari Disember 1999 dulu. Genap dua tahun itu pada Disember 2001. Kegiatan itu tentunya satu usaha muhasabah bagi menoleh ke belakang di mana kekuatan dan kelemahan dalam kemajuan dan pentadbiran selama dua tahun lalu bagi merancang masa depan negeri dan rakyatnya supaya ia lebih bermakna dari sebelumnya.

Sudah tentu memperingati dua tahun itu bukan untuk bermegah-megah, tetapi muhasabah adalah suatu yang dikehendaki bagi memungkinkan setiap pihak mengenal diri supaya lebih banyak khidmat dapat diberikan kepada Islam meliputi kemajuan dunia dan bekalan hari akhirat.

Disamping acara kesyukuran di masjid-masjid di seluruh negeri, menggambarkan betapa rahmat sebuah kerajaan dan masyarakat mencari kejayaan menurut Islam, pentadbiran ini juga berlapang dada meminta pandangan dan nasihat dari berbagai pihak bagi menyempurnakan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai prinsip yang teguh dan berwibawa.

Prinsip

Untuk itu Menteri Besar Terengganu bersama Menteri Besar Kelantan dan Ketua Pembangkang di Parlimen akan memberi saranan tentang apa lagi yang perlu dilakukan bagi menjadikan Terengganu sebuah bumi kebajikan yang mendapat darjat mardhatillah. Sudah tentu yang melengkapkan kehidupan sebuah masyarakat itu ialah penyertaan aktif rakyatnya, maka simposium sehari yang disertai oleh orang kenamaan, para pegawai, aktivis masyarakat diharapkan dapat mengumpulkan maklumat supaya kebajikan berjalan terus.

Selama dua tahun lalu kerajaan Terengganu mengutamakan pembangunan insan telah mengalami masa senang dan masa susah, berjaya memimpin rakyat berdikari merentasi ujian kewangan dan memastikan progrem kerajaan dan rakyat tidak tersekat. Hutang dibayar, tanggungjawab dilaksana, janji dikota, keadilan dituntut. Dengan kesedaran ini semua pihak dipimpin berdikari bahawa kejayaan kehidupan yang bahagia terletak di tangan sendiri dan dengan jatidiri sendiri, sentiasa kenal dosa dan pahala.







______________________
Terbitan : 30 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com