BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Tindakan tegas terhadap imam ingkar arahan

Saudara Pengarang,

Kita merasa gembira dengan usaha kerajaan mengekalkan keharmonian institusi masyarakat bawahan berbilang fahaman politik dengan melantik penyokong politik pembangkang negeri ini menjadi imam dan bilal masjid mukim. Bagaimanapun kita merasa tidak puashati terhadap perbuatan khianat segelintir imam dan bilal berkenaan yang bertindak tidak mematuhi arahan tugas dengan berkhidmat sebagai imam dan bilal surau tertentu bahkan bertindak sebagai imam dan bilal solat jumaat di surau tersebut.

Perkara ini berlaku di Kampung Pelong, Setiu di mana seorang imam dan seorang bilal yang sepatutnya bertugas di Masjid Seri Kenangan Pelong Setiu pada hari jumaat lari dari tugasnya dengan mengadakan sembahyang jumaat berasingan di sebuah surau lain di kampung yang sama. Mereka dipercayai mempunyai pengikut dari parti pembangkang, mengadakan sembahyang jumaat tanpa kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Saya difahamkan JHEAT telah memberi amaran kepada kedua-dua imam tersebut supaya tidak mengadakan sembahyang Jumaat berasingan dan melaksanakan tugas yang diamanahkan. Saya sebagai penduduk Kampung Pelong merasa dukacita dengan tindakan imam dan bilal yang tidak bertanggungjawab itu dan mengharapkan tindakan tegas di ambil ke atas kedua-dua mereka agar menjadi pengajaran kepada semua pihak. Golongan seperti inilah yang sebenarnya memecah belah masyarakat bukan orang yang mahukan Islam dilaksanakan sepenuhnya di negara ini sebagai pemecahbelah masyarakat.

– Wakil Penduduk Pelong, Setiu.







______________________
Terbitan : 31 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com