Buletin Utama TV3 sebentar tadi, 28 Mac 2002, menyiarkan kenyataan Presiden UMNO Baru(a) berhubung dengan sokongan Pas terhadap DAP di dalam Pilihan Raya kecil Ketari. Mahathir kata," DAP bantah negara Islam, Pas sokong DAP, maka Pas tak sokong Islam." Lojik Mahathir itu boleh kita samakan dengan:
Manusia ( Mahathir ) ialah mamalia. Haiwan ( Lembu ) juga mamalia. Jadi mengikut lojiknya, Mahathir = Apa nama ??.
Najib pula berkata," Pas lebih benci UMNO daripada DAP, walhal DAP keluar BA kerana tidak bersetuju dengan perancangan Pas menubuh Negara Islam." Umum mengetahui bahwa DAP tidak bersetuju dengan penubuhan Negara Islam termasuk yang diisytiharkan Mahathir baru-baru ini, tetapi tidak pernah menghina Islam. Sebaliknya, BN, termasuk tulang belakangnya UMNO Baru(a), bukan sahaja tidak menerima penubuhan negara Islam, malahan ramai di kalangan pemimpinya yang menghina Islam. Mahathir, Presiden UMNO Baru(a) yang baru saja mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, juga menghina Islam. Dari perspektif Islam, siapakah sepatutnya lebih dibenci Islam, DAP atau UMNO Baru(a) ?
Oleh itu rakyat, khususnya ahli UMNO Baru(a), nilailah kewibawaan pemimpin-pemimpin yang memerintah Kerajaan hari ini dengan minda terbuka. Kata orang jika pemimpin bangang maka yang dipimpin lebih bangang lagi.
Watchdog
______________________
Terbitan : 30 Mac 2002
Ke atas
Home