UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Khir Toyo Arahkan Penyokongnya Keluar Beramai-ramai Sambut PM Pulang Dari London

Oleh WARTAWAN TRANUNGKITE

SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang menghadapi pelbagai tuduhan rasuah, mengarahkan aktivis Umno negeri ini supaya hadir beramai-ramai menyambut kepulangan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di KLIA.

Ia bagi menunjukkan kepada Dr Mahathir bahawa Umno Selangor di bawah kepimpinan baru Dr Khir sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada PM.

Bagaimanapun, Khir mempunyai agenda tersendiri untuk terus menawan hati Perdana Menteri dan membersihkan namanya yang terpalit dengan pelbagai tuduhan korupsi. Semasa menyambut Aidilfitri yang lalu, Khir dikatakan berlama-lamaan di mahligai PM di Putrajaya untuk "membodek" PM agar kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor tidak tergugat ekoran isu rasuahnya yang hangat dibincangkan oleh rakyat negeri ini.

Khir dikatakan terpaksa menangguhkan hasratnya untuk membuat rombakan besar-besaran ke atas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, terutama untuk memecat tiga Exco kanan yang dikatakan membocorkan rahsia dan tembelangnya mengamalkan rasuah.

Khir bimbang jika rombakan itu dibuat, beliau terpaksa menghadapi satu senario politik yang akan menyukarkan dirinya sendiri.

Dan Khir mengambil kesempatan dengan kepulangan Perdana Menteri itu bagi menunjukkan kepada PM bahawa dia sememangnya tokoh yang boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan Mahathir dan anak cucunya, sampai bila-bila.

Sebelum itu tersebar khabar angin yang mendakwa PM sendiri kurang senang dengan prestasi Khir Toyo khususnya apabila dia dikaitkan dengan pelbagai amalan rasuah, daripada memberikan projek jalan termahal di Sekinchan, sehinggalah memberikan anak-anak berumur 20 tahun tanah berpotensi tinggi sebanyak 50 ekar setiap seorang.

Khir yang mudah panik dengan pelbagai tuduhan yang mempunyai bukti kukuh itu terpaksa mengupah penjilat-penjilatnya menerbitkan akhbar-akhbar Memo15 dan Memo17 bagi mengalih tumpuan masyarakat Selangor kepada isu yang sengaja diada-adakan, misalnya pergeseran antara Hassan Shukri dan Hassan Ali.

Khir juga membiayai beberapa laman khas yang dibina untuk mempertahankan kedudukannya, bukannya untuk mempromosikan negeri Selangor.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Mac 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com