BANTUAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Untuk program kebajikan & pilihan raya)

Respon tulisan 'Kerana Anwar Ibrahim' oleh Jamil Ismail, Cheras, KL

Tuan Pengarang,

Berkenaan perkara diatas, saya ingin menjelaskan akan perkara yang disentuh oleh penulis tersebut berkenaan dengan orang Melayu di Singapura.

Saya teramat belas terhadap masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu Malaysia saperti yang dihuraikan oleh sipenulis itu. Tetapi ungkapan beliau terhadap orang Melayu Singapura ditindas dan diketepikan oleh kerajaan Singapura adalah tidak tetap dan tuduhan beliau adalah sangkaan yang tidak bernas.

Saya, sebagai orang Melayu berkelahiran di Singapura, dari ibubapa yang berasal dari Malaysia, saya ingin menjelaskan bahawasanya orang-orang Melayu diSingapura tidak saperti apa yang dikatakan oleh sipenulis. Walaupun penduduk berbangsa China melebihi bangsa Melayu kita, dengan prinsip meritrokrasi yang diamalkan oleh kerajaan Singapura yang (bersih, cekap dan amanah kepada rakratnya) semua bangsa di Singapura digalakkan untuk bersaing demi mencapai taraf kehidupan yang sempurna dan baik. Contohnya, orang-orang Melayu diSingapura mempunyai hak yang sama dengan bangsa China dalam menikmati kehidupan yang sempurna, sapertimana kami juga mempunyai hak untuk membeli rumah, pelajaran dan bersaing dalam perkerjaan.

Sekiranya dibandingkan dengan orang Melayu diMalaysia yang melebihi dari kaum China dengan "natural resources" yang begitu banyak dari pemberian tuhan, tetapi dengan apa yang sipenulis telah ungkapkan, bahawa orang China diMalaysia yang lebih maju dan kaya dari orang Melayu sendiri, adalah satu perkara yang cukup menyedihkan. Walaupun kerajaan telah cuba sedaya-upaya untuk memberi kelonggaran dan bantuan bagi orang-orang Melayu mencapai 30% taraf kekayaan dalam negeri untuk bersaing dengan bangsa China, matlamatnya masih tidak tercapai. Masaalahnya adalah berpunca dari orang-orang Melayu diMalaysia sendiri, yang telah sipenulis terangkan.

Teguran saya ini adalah secara tulus, bahawasanya tuduhan beliau adalah tidak berasas. Contohnya, pada suatu ketika saya telah membaca iklan pekerjaan sebagai Pengurus Besar oleh sebuah anak syarikat institusi kewangan yang kedua terbesar di Singapura kepunyaan bangsa China. Dalam iklan tersebut saya mempunyai kelulusan dan pengalaman yang dikehendakki. Walaupun saya tidak tahu berbahasa Tionghua, keperluannya adalah bagi seorang yang berfasih dalam bahasa Inggeris dan Tionghua. Dengan tekat, saya mengirimkan surat dan data peribadi saya. Dalam tempoh 11/2 bulan setelah melalui 3 temuduga saya telah dipilih untuk jawatan tersebut, walaupun saya tidak tahu berbahasa Tionghua. Moral dari kisah saya ini, walaupun saya orang Melayu, dengan pengalaman dan daya usaha yang sesungguhnya, saya dapat bersaing dengan bangsa China yang tidak kurang pengalaman dan kelulusan mereka. Sekali lagi, walaupun mereka mahukan orang yang fasih berhasa Tionghua, mereka dapat menyingkirkan soal bahasa demi pengalaman dan personaliti yang telah saya tunjulkan.

Sekiranya sifat tamak haloba orang-orang Melayu diMalaysia masih diamalkan, saya rasa setinggi gunung (Mount Kinabalu) wang US Dollar ditaburkan, terdapat ramai lagi orang-orang Melayu diMalaysia masih duduk di rumah setinggan (tanpa grant tanah) atau ditapak tanah haram, saperti yang sedang disodok dan dirobohkan di sekitar Selangor.

Perkara saperti rumah setinggan, pilih kasih, kronisme, rasuah, politikus megampu, dan sebagainya harus dibasmikan dengan serta merta, sekira orang-orang Melayu di Malaysia ingin maju dan bersaing dengan bangsa-bangsa asing. (Insyallah, ini tidak terdapat diSingapura)

Walaupun sebilangan besar orang-orang asing datang bekerja diSingapura, pencapaian pengalaman dan persaingan orang-orang Singapura makin terserlah. Tidak pun ada tanda-tanda Singapura akan dijajah oleh orang Inggeris, China atau India. Persaingan adalah satu petanda yang sihat dan kalau diharapkan orang Melayu sahaja yang ingin monopolikan kesemuanya tanpa persaingan - dan kemudian di "Ali Baba" kan apa yang ada, maka ini adalah satu petanda orang-orang Melayu akan runtuh dibumi sendiri.

Saya harap huraian ringkas saya ini dapat memberi munafaat kepada Encik Jamil Ismail dan seluruh warga Malaysia.

Sekian dan terima kasih.

Zazashah







______________________
Terbitan : 23 Mac 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com